ARKIB

KATEGORI

Buletin

GIVI Asia lancar 8 model helmet terbaru

Views

GIVI Asia baru-baru ini telah melancarkan 8 model helmet terbaru dengan matlamat untuk memastikan keselamatan penunggang motorsikal di Malaysia. 5 daripada rekaan helmet tersebut telah direka oleh pereka dari Itali manakala selebihnya adalah hasil rekaan anak tempatan. Dengan harga yang bermula dari RM150 hingga RM990, pastinya memberikan kualiti terbaik, rekaan menarik dan pastinya memberi lebih nilai untuk wang anda. Helmet rekaan terbaru ini telah didatangkan dengan beberapa pilihan warna yang menarik, putih, hitam, perak selain pilihan grafik yang menawan.

8 pilihan helmet yang boleh dipilih adalah dari model Modular X.01 Comfort (GIVI Itali) yang lebih ringan daripada helmet modular yang lain, Fullface H 40.2 GT (GIVI Itali) direka untuk pemilik motorsikal jenis sport tourer, X.08 Modular (GIVI Itali), Jet X.07 (GIVI Itali) yang menggunakan bahan thermoplastik dengan tambahan pad pada bahagian pipi dan HPS Junior (GIVI Itali) yang direka khas untuk kanak-kanak. Model M11.0 (GIVI Asia) pula yang hampir sama dengan model M10.0 (GIVI Asia) cuma berbeza dari segi bentuk, warna dan berat, manakala HPS 10.4 Roma (GIVI Asia) pula mempunyai ciri-ciri pengudaraan yang cekap, visor kalis calar dengan 2 pilihan grafik terbaru.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply