ARKIB

KATEGORI

Buletin

HONDA catat rekod jualan tertinggi pada bulan Julai!

Views

The Honda Hybrid Family

Honda Malaysia Sdn Bhd mencatatkan satu lagi rekod tempahan, pendaftaran dan penghantaran kenderaan keluarannya yang tertinggi sepanjang tahun ini. Sejumlah 6,039 unit kenderaan telah didaftarkan dan 8,780 unit telah ditempah pada bulan Julai lalu. Rekod ini telah dicapai berikutan sambutan hangat pembeli setelah pengenalan model baharu Jazz CKD Petrol yang mencatatkan 1,434 unit tempahan diikuti Jazz Hybrid (1,107 unit), City (3,114 unit) dan CR-V 2.0& 2.4 (743 dan 500 unit).

CKD Jazz Petrol yang dilancarkan 11 Julai lalu mendapat sambutan yang memberangsangkan kerana harganya yang sangat menarik iaitu RM74,800. Model ini merupakan taruhan terbaik untuk segmen model pengenalan dan berjaya menambat hati pembeli kereta buat kali pertama termasuk lepasan universiti.

Jazz CKD Hybrid juga mencatatkan peningkatan positif. Pada bulan Jun, Honda Malaysia mengurangkan harga penggantian bateri hibridnya hampir separuh harga dan memanjangkan jaminan batrei hibrid sehingga 8 tahun (paling lama di Malaysia). Pada bulan Julai, jualan kenderaan hibrid telah meningkat ke 17% jumlah pendaftaran kenderaan dan Honda Malaysia yakin usaha ini bakal membantu untuk meningkatkan jualan kenderaan hibridnya.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments

Leave a Reply