ARKIB

KATEGORI

Buletin

TERKINI : Dato’ Lukman Ibrahim kembali ke Proton!

Views

Protonthailand

Saya mendengar berita mengenai Dato’ Lukman Ibrahim yang difahamkan telah menarik balik peletakan jawatannya di Proton baru-baru ini dan kembali menyambung tugasnya bermula semalam. Namun sehingga kini tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat mengenainya. Saya juga masih menunggu kesahihan berita ini dan akan memaklumkan info terkini dari semasa ke semasa.  🙂

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

23 Comments


  • Spekulasi yg bertiup kencang daripada kwn di Proton S Alam semasa perletakan jawatan hari tu
    1) Ada Satu Group perkerja Proton hantar email kepada Tun M dan Tuan Syed pasal tidak kepuasan hati pekerja ttg Bonus, mereka hanya dibayar separuh dan selebihnya xtahu.Juga masalah tekanan kerja yg berlebihan dari pihak penggurusan sehingga nak saman menyaman.
    2) Tun M bengang dan sound Dato Lukman, Ko M***Y* ke apa? Sesama B**G*A pun xnak tolong menolong..
    3) Tuan Syed bagi kata 2 Dato Lokman, suruh letak jawatan atau diberhentikan..

    *Ini hanya khabar angin.Admin Sila Delete komen sy jika tidak bersesuaian.


  • sedikit terkilan isu ini.

    masa town hall antara staff dan management, TSKJ ada berkata, dia value the worker’s loyalty. no matter what happen to the company, you will stay. isu loyalty ini timbul apabila ramai staff proton resign selepas DRB ambil alih (baik technical atau corporate). if one staff resign, there is no chance for him to join back the company since he values those so-called loyalty. TSKJ tak suka time company senang, staff akan stay. bila company susah sedikit, staff chow. bila company bounce back, staff yang dah resign nak join balik, it is a big no for him.
    jadi, untuk isu DLI camni, aku tak berapa setuju. kenapa TSKJ tak nak kotakan apa yang dikatakan sebelum ni? sebab kawan punya kawan punya cerita? mungkin, time main golf, ‘Tan Sri, I nak rejoin balik company’ which he has the chance to meet TSKJ personally (i just make an assumption)? dia ada title Datuk, walhal pekerja bawahan takde apa-apa setakat encik saja?

    Rumours banyak kata memang ramai staff tidak berapa berkenan dengan DLI terutamanya operator sebab isu-isu union. some of them were happy when he stepped down. tapi drawbacks dia, staff lain akan sentiasa dalam keadaan tertanya-tanya akan hala tuju company. eh bos besar pun resign, company mesti ada problem ni. habis lah kita. habis lah kita. direction macam mana? malaysian, malay to be specific, when it comes to speculation, lots of unimaginable things will cross the mind.

    less than 3 weeks, he rejoin back. why? sebab suprima s hampir mahu dilancarkan sabtu ni? atau ada political intervention? aku tiada masalah dia mahu rejoin balik (jikalau dia berkaliber, memang dialu-alukan). tapi kenapa isu loyalty yang dibangkitkan itu tidak ditepati?


  • org luar x tau pe yg terjadi dalam proton…semua ckp “kawan aku keje proton ckp”..adakah btol atau hanya korang reka kenyataan tersebut…
    bagi warga proton, yg bekerja dlm 1 bangunan, tau apa yg berlaku…apa kebaikan yg dibwa Dato’ Lukman ke proton…hasilnya, customer kembali percaya kpd proton dgn program yg beliau buat…


  • setuju dengan Kipas_Susah_Mati_PROTON, orang yang malas berusaha, tak suka perubahan, tak berdisiplin jer anggap apa yg DLI buat menyusahkan. Kerja kene punctual, disiplin… biasalah otai2 dah lama buat keje sambil lewa huhahuha.. bila kene sekolah balik mula lah berasap.. abis tu racun budak2 muda ikut join.. standard lah melayu bila kene cucuk cepat melatah.. bila ada townhall tanya bonus…. takde sorang pn tanya apa projek baru kat shah alam.. semua tanya pasal kepentingan diri.. kesinambungan company sorang tak tanya.. tak perasan ke semua projek baru di buat ke tanjung malim…
    Lepas tu Tan Sri ada cakap Shah Alam takkan di pindahkan ke Tanjung Malim…

    tapi kene ingat Tan Sri tak cakap “Dia takkan tutup Shah Alam”.

    renung2 kan


  • Mungkin itu dari warga proton, ada tak yang tanya dari company lain?.. i mean mmg laa bodoh p kait company lain dgn proton.. tp on their experience, dah ramai yg otai pun blah sbb bukan takmo berubah or tak bdisiplin, tp the cara he works. Im the one of it.. tapi masih blom blah laa .. yg dah lama dgn dia, dan paham cara kerja dia. Boleh terima tekanan, tp bukan dgn cara yg dia amalkan. yg sabar saja boleh btahan, nak2 pulak anak2 muda skang.. btol punctuality is the most important yg dia terapkan… semoga proton berjaya di bawah pentadbiran dia sekali lagi..


  • hahahaaa.. kelakar aku baca komen2 kt sini.. gaya semua cam staf2 proton je.. apa la korang ni gi luah rasa tak pueh ati korang kt blog public cam ni.. malu la skit.. aku pn ada mende yg tak pueh ati kt tmpt kije aku tp xde la nk cerita bagai kt org luar.. cuma kompeni aku kecik je la xde sapa2 nk cover story huhuhuuu..

    bab punctuality tu bg aku mmg patut la kena sound kalo buat perangai.. dh kompeni ko byr gaji suh dtg pkul 8 kena la dtg pkul 8.. kalo nk dtg ikut suka hati baik buka kompeni sendiri.. tu la melayu.. mende2 mcm ni pn nk jd hal besar.. ntah bila nak maju..


  • bos yg cekap, tepati masa, ada hala tuju, ramai org yg tak suka. org di atas hanya SATU, org di bawah beribu. buruknya lebih mudah tersebar dari SATU dgn beribu..kadang2 org kat bawah ni pemalas…suruh buat kerja, malas! suruh ceat siap, bebal! gaji nak!
    itu saja komen saya.
    buang ja staff yg malas dan suka cari alasan bodoh tak mau kerja dan melawan.


  • maybe first time DLI nih pegang company yang capital besar cam proton tapi dalam keadaan parah. sebabtu tindakannya tegas. kalo company dah stabil and bleh masuk to 50 forbes. lain ceriter nak lembut lembut…


  • Kes masalah disiplin proton nih kekadang baca nak tergelak pun ada. Bukak pekung didada macam la orang dari kilang lain bleh settle masalah diorang. Ada dulu terbaca gak komplen pasai tak leh berak lama lama dalam toilet. Isap rokok lama lama pun tak leh. Kalau itu pun jadi isu than memang parah la barah lam proton nih. Doktor hebat pun belum tentu bleh ubatnyer.

    Tapi pernah ker diorang terpikir kenapa kompeni bayar gaji masing masing. Kalau dah start kerja pukui 8 maksudnya kompeni bayar gaji start dari pukul 8 la. Bukannya gaji start pukul 8 tapi kerja start pukul 9. pukul 8-9 breakfast/ rokok. pukul 10-11 jamban. 1-2.30 makan tengah hari/rokok. 3-4 jamban/rokok. Pukui 4 balik. Bayangkan rezeki dari mana mereka sara keluarga mereka. Rezeki dari kerja dalam jamban dan merokok jer lah. Tang mana datang berkatnyer.

    Keja kena ikhlas baru la berkat. Baru la tambah kualiti. Boss tengok pun sejuk perut. Kalau kerja dok bebai bebai bebai memang la semak otak tuh.Orang tengok pun menyampah. Orang baca lam blog ni pun meluat. Apa pun tak boleh.


  • welcome back Datuk.Pedulikan apa org nak kata.Yg penting Datuk naikkan imej proton di samping sentiasa senyum, kerap turun padang, rapat dgn staff semua peringkat & jaga kebajikan staff.Semoga gerak kerja Datuk mendapat ganjaran di akhirat kelak.Amin..


  • Proton punya staff banyak lemak, besar kepala dan sombong tak kena tempat dan tak sedar diri. Dato Lukman in my opinion nampak gejala ini dan mengambil langkah drastik untuk kebaikan Proton. Kalau zaman dulu bolehla staff staff proton eksyen.. Graduan bukan yang calang calang terpilih… Spm kurang kurang agg 5 atau 6 baru boleh dapat sponsorship… Tapi semua the brains dan yang ada value dah blah… Yang tinggal hanya yang dah tak boleh ke mana mana lagi dalam industri… Yang malas dan yang tiada pilihan …yang baru diambil pun yang saki baki kerak graduate yang takda chan nak ke industri atau company yang besar besar…..kerja pun asyik harapkan vendor buat segalanya sampai ke report untuk luluskan produk.. Tau stamp nama kat report je.. Lepas tu kena tipu dek vendor pun tak tahu … Bila kantoi macam macam alasan….. Lagi satu benda… Mana ada company zaman sekarang bagi orang tak ada degree jadi exec? Proton jugak yang masih bagi sampai sekarang.

    Sorry lah proton. Komen sebelum ini pasal org org malas dan tak berguna saja yang tak suka style dato lukman ni memang benar sangat. Come on dato lukman, turn around proton, we all out here support u and hope that satu hari nanti kita boleh berbangga dgn proton sekali lagi.


  • Padan la kualiti proton teruk sblum ni..dah agak dah..attitude Staff melambangkn produk..come on la staff proton(ditujukn pade yg xde disiplin)korang pegang amanah rakyat tu..dose besar kalau langgar amanah…kat akhirat nnti tuhan tanye wlaupun sbesar zarah..hatta datang keje 8.01 minit pun kne sloal nanti. Apetah lg yg missing in action..amik ko kene ceramah suda


  • Org2 yg keja drb-hicom ni dikenali dgn disiplin masa dan agak strict dari segi kewangan…bygkan yg keja kat HQ drb-hicon kalau lambat dtg seminit keje pun dah kena tahan dgn polis bantuan,ngadap bos apa semua…apply kat proton mungkin culture shock sekejap gaknye…apa2 pun harap DLI bawa perubahan untuk melakukan proton.

Leave a Reply