ARKIB

KATEGORI

Buletin

HONDA CITY menduduki tempat teratas ASEAN NCAP

Views

Photo 1

Honda Malaysia hari ini mengumumkan model Honda City telah berjaya mencapai 5 Bintang dalam ujian kemalangan Perlindungan Penumpang Dewasa dan mencapai rating tertinggi untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak semasa Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (ASEAN NCAP) . Keputusan itu telah dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) pada hari terbuka NCAP ASEAN di Ayer Molek, Melaka Malaysia. Sejumlah 8 model kereta telah mejalani ujian perlanggaran offset hadapan pada kelajuan penuh 64 km/h.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, ” Keselamatan adalah komitmen dan keutamaan Honda. Kami sentiasa proaktif mematuhi peraturan-peraturan baru. Kami gembira kerana Honda City mencapai skor penarafan 5 Bintang dalam Perlindungan Penumpang Dewasa dan tertinggi untuk Perlindungan Penumpang Kanak-kanak. ”

” Ujian kemalangan tersebut mengesahkan standard keselamatan tinggi Honda City semasa di jalan raya Malaysia. Malah, semua model Honda memenuhi peraturan standard keselamatan UNECE OS R94 dan R95. Honda juga komited menjalankan penyelidikan dan pembangunan berterusan dalam teknologi canggih untuk meningkatkan keselamatan pemandu dan penumpang.” Selain itu, Honda Malaysia juga menawarkan promosi sempena kedatangan Tahun Baru Cina untuk kedua-dua Honda City 1.5LS dan varian E.

Butiran promosi :

Model City 1.5L (S) dan City 1.5L (E) yang dibuat pada tahun 2012
– Percuma subsidi ansuran bernilai RM3, 500 + Paket Kemakmuran bernilai RM2, 013,00  ATAU Bonus Rebat Tahun Baru Cina bernilai RM2, 600.00  + Paket Kemakmuran bernilai RM2, 013,00

Model City 1.5L (S) dan 1.5L (E) yang dibuat pada tahun 2013
– Bonus Rebat Tahun Baru Cina bernilai RM1, 500  + Paket Kemakmuran bernilai RM888.00

Kunjungi bilik pameran Honda hari ini atau layari http://www.honda.net.my/ untuk maklumat lanjut.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply