Ducati raikan ulang tahun ke-20 motosikal ‘naked’ terlarisnya
Ducati Malaysia (Next Bike Sdn Bhd), sebuah syarikat di bawah Kumpulan NAZA menyambut ketibaan Tahun Baru Cina dengan pelancaran model baru Ducati Monster dan promosi luar biasa perayaan Tahun Baru Cina yang pastinya akan menggoda pencinta Ducati!
Pertama kali diperkenalkan di Cologne pada tahun 1992, Ducati Monster asal mempunyai reka bentuk yang inovatif dan mendahului masa, berada dipasaran tahun berikutnya dengan menjadi model terlaris Ducati. Setelah 20 tahun berlalu dan melalui pelbagai evolusi, Ducati Monster masih menjadi kegilaan dengan 250,000 unit Monsters telah terjual diseluruh dunia.
Dengan bingkai Trellis bergaya, komponen casis cemerlang dan enjin Desmodromic yang berkuasa, model pengenalan ini bakal membuka jalan kepada dunia Ducati. Peminat Ducati tidak perlu menunggu lebih lama sebelum Monster baru membuat kemunculan di Malaysia.
Sempena meraikan Tahun Baru Cina, Ducati Malaysia menawarkan Promosi Tahun Baru Cina yang menakjubkan dengan kadar faedah yang rendah dari 1.99% sehingga 7 tahun. Inilah masanya jika anda sedang berkira-kira untuk memiliki sebuah Ducati!
KOMEN TERKINI