ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Civic Type R serba baharu dilancarkan, 60 unit sudah ditempah!

Views

Penantian telah berakhir! Sempena Malaysia Autoshow 2017, Honda Malaysia telah melancarkan Civic Type R serba baharu, model paling berkuasa di Malaysia setakat ini. Hot hatch ini telah dinobatkan sebagai ‘Juara antara Juara’ setelah berjaya mencatatkan pusingan terpantas terbaharu di Litar Nurburgring, Jerman dengan catatan masa 7 minit 43.80 saat pada bulan April lalu.

Type R adalah model perlumbaan dan sport Honda yang ikonik sejak pengenalan pertamanya pada 1992 dan reputasinya masih gah walaupun sudah berusia 25 tahun. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, En. Toichi Ishiyama berkata, Civic Type R serba baharu merupakan model global yang bukan sahaja dilengkapi dengan pelbagai teknologi automobil, tetapi juga menyatakan Semangat Perlumbaan Honda dan DNA seronok untuk dipandu.

Apa yang menarik mengenai Civic Type R serba baharu?

  • Civic Type R serba baharu dikuasakan oleh enjin 2.0L VTEC dengan pengecas turbo yang memberikan output sebanyak 310PS dan 400NM tork.
  • Enjin berprestasi tinggi ini diganding bersama transmis manual enam-kelajuan, memberikan pemandu dan peminat Honda pengalaman nisbah rapat dan rasa penukaran gear yang tepat.
  • Mod Pemanduan 3-Cara – COMFORT, SPORT dan +R yang mengawal Sistem Peredam Adaptif (ADS), pendikit Pemanduan-dengan-Wayar (DBW), Stereng Kuasa Elektronik (EPS), Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), cengkaman dan sistem brek.
  • Rekabentuk hot hatch yang dibangunkan dari pelantar Civic Hatchback dengan kerangka badan ketegaran tinggi dan siap sedia untuk perlumbaan.
  • Stereng cabang D dibalut kulit dengan kemasan titanium perak memberikan rasa cengkaman untuk menguasai selekoh di mana-mana litar lumba.
  • Kerusi hadapan bucket ringan didatangkan dengan panel berjalur merah  yang digandingkan dengan panel deko karbon.
  • Setiap unit Civic Type R  yang dibina akan memiliki plet nombor siri khas yang berada di konsol tengah.
  • Lampu pada paparan meter dan rekabentuk meter boleh berubah mengikut salah satu daripada tiga mod yang boleh dipilih.
  • Dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan seperti Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Kawalan Cengkaman, Agihan Brek Elektronik (EBD), Garis Panduan Dinamik, ISO Fix dan 6 beg udara.

 

Civic Type R adalah model yang diimport sepenuhnya dan dikeluarkan dari kilang Honda di Swindon, United Kingdom manakala enjinnya dikeluarkan di Anna, Ohio (Honda of America Manufacturing Inc). Honda Malaysia menawarkan waranti selama lima-tahun tanpa had perbatuan untuk Civic Type R pada 10,000km selang servis di mana-mana 20 pengedar Honda Sport seluruh negara.

Hanya satu pilihan warna eksklusif, Championship White ditawarkan untuk Civic Type R dan tanda harga yang diletakkan pada model ini ialah RM320,000 (tidak termasuk insurans). Sejak sebulan lalu, Honda Malaysia telah menerima sebanyak 60 tempahan untuk model ini dan ia sudah melepasi sasaran yang diletakkan hanya 30 unit sebulan.

Pelanggan boleh mengunjungi mana-mana 20 pengedar Honda Sport untuk melihat dan menempah Civic Type R. Pengunjung Malaysia Autoshow 2017 di MAEPS, Serdang juga boleh melihat kereta ini dengan lebih dekat dan berpeluang untuk menaiki Taxi Ride. Untuk maklumat lanjut hubungi talian Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Pelanggan boleh membuat tempahan Civic Type R serba baharu  menerusi senarai pengedar di bawah:

Senarai Pengedar Honda Sport

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply