ARKIB

KATEGORI

Buletin

Malaysia Autoshow 2017 – Apakah yang bakal menanti anda di sana?

Views

Ketika ini sedang berlangsung pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2017 yang dianjurkan oleh Institut Automotif Malaysia (MAI) bertempat di Taman Pameran Agro Malaysia, Serdang (MAEPS). Bertemakan ‘Pintar, Selamat dan Mobiliti Mampan’, acara ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 9 – 12 November, dari jam 10 pagi hingga 9 malam di tapak yang berkeluasan 368 ekar .

Acara perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi semalam. Acara kali ini menampilkan 170 pempamer yang akan mempamerkan pelbagai produk, perkhidmatan dan teknologi automotif. Tahun ini turut dilangsungkan simposium dan festival muzik – Kuala Lumpur International Automotive Symposium (KLIAS) dan SoundValley Festival 2017 di lokasi yang sama.

Apakah yang bakal menanti anda di sana?

  • Pengunjung berpeluang untuk memandu uji pelbagai model dari beberapa jenama. Jarak laluan untuk pandu uji pula sejauh 3 km!
  • Pelbagai tawaran dan diskaun hebat menanti para pengunjung yang ingin membuat pembelian kereta baharu.
  • Peluang untuk merasai pengalaman menaiki Bentley Bentayga atau Ford Mustang GT 5.0 sejauh 3 km mengelilingi lokasi acara dengan bayaran RM30 sahaja!
  • Menaiki teksi Toyota 4×4 di tapak yang direka khas untuk merasi pengalaman off-road yang ekstrem.
  • Jualan cenderahati dari Kelab Pemilik Land Rover Malaysia pada hari Jumaat dan Sabtu, selain barbeque pada waktu malam dan menyaksikan tayangan ekspedisi pengembaraan dari peserta off-road Malaysia.
  • Karting Slalom di litar khas pada 11 dan 12 November berumla dari jam 9 pagi hingga 6 petang dengan bayaran antara RM10 dan RM30 bergantung pada peringkat umur. Aktiviti ini disediakan untuk kanak-kanak berusia 8 tahun dan ke atas.
  • Memahami dengan lebih terperinci mengenai teknologi Honda SENSING di boot interaktif Honda Malaysia.
  • Pengunjung boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Fasa Liberalisasi Kenderaan Bermotor dan Tarif Api menerusi Industri Insurans dan Takaful di Malaysia.
  • Pra-tonton model terbaharu Perodua Myvi dan beberapa model baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi!
  • Peluang untuk membawa pulang sebuah kereta Peugeot 208 PureTech bernilai RM89,888 untuk peserta yang bertuah yang membeli tiket masuk Autoshow berharga RM10. Peserta boleh memasukkan nombor rahsia mereka pada aplikasi Malaysia Autoshow (yang boleh dimuat turun dengan peranti iOS dan Android), jawab beberapa soalan mudah dan layak untuk menang. Tiket Malaysia Autoshow 2017 dijual menerusi airasiaredtix.com dan kaunter tiket semasa Autoshow berlangsung.
  • Pengunjung boleh memerika kenderaan 39-titik secara percuma sempena Car Care Week semasa acara berlangsung.

Jom ramai-ramai ke sana!

 

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply