ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda CRF250L dan CRF250 Rally 2017 diperkenalkan

Views

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) minggu lalu telah memperkenalkan model motosikal pengembaraan ringan CRF250L dan CRF250 Rally 2017 serba baharu. Motosikal ini sesuai dengan penunggang yang sukakan laluan lasak off-road selain sangat selesa dan begitu praktikal untuk kegunaan harian.

Mula diperkenalkan pada tahun 2012, rekabentuk Honda CRF250L diinspirasikan dari jentera CRF250R. Saiznya yang kecil sangat membantu semasa menunggang di jalan raya dan merentasi laluan off-road. Ia dikuasakan oleh enjin DOHC silinder tunggal penyejuk cecair 249cc yang mampu mengerahkan kuasa maksimum 18.2kW pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm tiba pada 6,750rpm.

Antara ciri-ciri menarik Honda CRF250L:

  • Enjin yang mematuhi piawaian EURO4.
  • Rombakan dibuat pada PGM-FI, selain badan pendikit termasuk kotak udara, tiub penyambung dan ekzos ringan yang serba baharu.
  • Aci pengimbang utama meningkatkan keupayaan pengurangan getaran
  • Kotak gear enam kelajuan serta klac dihasilkan untuk menahan tekanan tambahan ketika menunggang secara off-road.
  • Radiator lepasan haba 10.7kW memaparkan kipas pendingin guide-ring nipis untuk mengekalkan suhu sekata pada kelajuan rendah.
  • Tangki minyak dengan kapasiti 7.8L (termasuk simpanan 1.8L).
  • Penggunaan bahan api pada kadar 33.3km/l (mod WMTC), jarak perjalanan yang melebihi 250km adalah tidak mustahil.
  • Rangka CRF250L dibina daripada keluli dengan spar bahagian bujur berkembar dan endul separa berganda.
  • Pemuka digital dengan sebuah takometer dan tolok bahan api serta dwi-sistem (2 channel)
  • Sistem ABS sebagai standard, dengan pilihan untuk menutupkan ABS brek belakang.
  • CRF250L menampilkan warna perlumbaan Honda, Merah Menyala Honda sebagai asas dengan serlahan hitam dan putih yang diinspirasikan daripada jentera HRC.

Model CRF250 Rally dengan moto “Weekend Adventure (Pengembara Hujung Minggu)” pula merupakan motosikal dwitujuan 250cc yang mematuhi piawaian EURO4. CRF250 RALLY menggunakan CRF250L sebagai asasnya dengan beberapa perubahan. Rekabentuknya diinspirasikan dari jentera perlumbaan CRF450 RALLY. Ia dikuasakan oleh enjin DOHC lejang tunggal penyejukan cecair 250cc dengan kuasa maksimum 18.2kW disampaikan pada 8,500rpm dengan tork puncak 22.6Nm pada 6,750rpm.

Antara ciri-ciri menarik Honda CRF250 Rally:

  • Paparan, fairing dan penutup radiator menyediakan perlindungan terhadap angin.
  • Lampu depan bersaiz kompak dengan dwi-LED asimetrik,sementara lampu belakang, lampu isyarat LED dan braket nombor plat yang tidak menonjol.
  • Kerangka model tersebut dibina daripada keluli, dengan spar utama bahagian bujur berkembar dan endul separa berkembar.
  • Tangki minyak dengan kapasiti lebihbesar iaitu 10.1L (termasuk simpanan 1.6L) membenarkan perjalanan jauh sehingga lebih 320km, dengan penggunaan minyak pada kadar 33.3km/l (mod WMTC).
  • Pemuka digital turut merangkumi tolok minyak dan takometer.
  • Jarak roda 1,455mm dipadankan dengan rake1° dan kelegaan tanah sebanyak 270mm (lebih 15mm berbanding CRF250L).
  • Berat 157kg.
  • Suspensi perjalanan jauh dan kelegaan tanah tinggi mempertingkatkan keupayaan jarak jauh.
  • ABS yang boleh ditutup untuk brek belakang.
  • Beberapa perubahan dibuat pada PGM-FI, badan pendikit, tiub penyambung kotak udara baharu dan ekzos yang lebih ringan.
  • CRF250 Rally didatangkan dengan perapian warna perlumbaanMerah Menyala Honda sebagai asas dengan serlahan hitam dan putih yang diinspirasikan oleh jentera kilang HRC.

Honda CRF250L dan CRF250 Rally akan berada di pengedar Honda bermula 28 Ogos 2017 dan harga yang ditawarkan adalah RM 24,378.94 (CRF250L) dan RM 28,618.94 (CRF250 Rally). Harga termasuk GST tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Model-model tersebut juga didatangkan dengan jaminan pengilang selama dua tahun atau jarak 20,000km (yang mana terdahulu).

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply