ARKIB

KATEGORI

Buletin

Tiga varian baru motosikal Street Triple dilancarkan

Views

Pengimport, pengedar dan penjaga rasmi jenama Triumph di Malaysia, Fast Bikes Sdn Bhd telah memperkenalkan tiga varian baru bagi motosikal Street Triple 2018. Sejak diperkenalkan pada tahun 2007, motosikal Street Triple telah dijulang sebagai antara motosikal naked yang terbaik dengan jualan melebihi 50,000 unit di serata dunia.

Tiga varian telah diperkenalkan bagi pasaran Malaysia – Street Triple S, Street Triple RS, dan Street Triple Low Ride Height (LRH) yang mana ianya menawarkan sebuah pelana yang istimewa yang dipasang 30mm lebih rendah daripada pelana piawai. Street Triple yang baru dijana oleh enjin bersesaran 675cc. Untuk Street Triple S, enjin itu menghasilkan 111bhp pada 11,250rpm dan 73Nm tork pada 9,100rpm. Bagi varian R, enjin itu menghasilkan 116bhp pada 12,000rpm dan 77Nm tork pada 9,400rpm.

Untuk RS pula, enjin DOHC, 12-injap, sejukan cecair yang sama, menghasilkan 121bhp pada 11,700rpm dan 77Nm tork pada 10,800rpm. Kesemua varian dilengkapi suntikan bahanapi elektronik berbilang aras berjujukan dengan SAI dan kawalan pendikit elektronik. Sistem ekzosnya sama dengan sistem ekzos keluli tahan karat tiga ke dalam satu dengan peredam keluli tahan karat satu sisi rendah. Kuasa dipacu melalui klac berbilang plet basah dengan fungsi slip and assist. Hanya varian RS sahaja yang dilengkapi dengan quickshifter sebagai kelengkapan standard.

Kuasanya diselaras oleh sebuah ECU pintar yang menawarkan sehingga lima mod penunggangan yang berbeza. Street Triple S dilengkapi dengan dua mod penunggangan – Rain dan Road – dengan ABS serta Kawalan Cengkaman Triumph, manakala varian RS pula dilengkapi dengan lima mod – Rain, Road, Sport, Track dan satu lagi mod yang boleh diprogram oleh penunggang dengan bantuan elektronik yang boleh diubah tetapannya. Varian R dilengkapi dengan kesemua mod penunggangan yang sama seperti RS, kecuali mod Track. Kesemua varian didatangkan dengan ABS dan kawalan cengkaman sebagai kelengkapan standard.

Harga bagi varian baru bagi motosikal Street Triple 2018:

  • Motosikal Triumph Street Triple S dijual pada harga RM52,900.00 (termasuk GST). Boleh didapati dalam dua pilihan warna – Diablo Red dan Phantom Black.
  • Varian Street Triple R (LRH) dijual pada harga RM59,900.00 (termasuk GST). Ditawarkan dengan tiga pilihan warna – Crystal White, Phantom Black dan Matt Silver Ice.
  • Varian Street Triple RS dijual pada harga RM66,900.00 (termasuk GST). Ditawarkan dengan dua pilihan warna – Matt Silver Ice dan Phantom Black (Metallic).

Antara ciri-ciri menarik varian baru bagi motosikal Street Triple 2018:

  • Lampu hadapannya dilengkapi Lampu Nyalaan Siang (DRL) untuk varian R dan RS. Cahayanya kini 28 kali lebih terang berbanding model generasi sebelumnya.
  • Rekaan struktur badan serba baru seperti di penutup radiator luaran dan dalaman, madgad hadapan dan belakang, dan panel belakang badan.
  • Varian RS dilengkapi dengan dulang perut yang mengikut kod warna, penutup pelana pembonceng yang boleh ditukar dan sama warna dengan pelana pembonceng (ciri standard), dan pengadang bawah rantai.
  • Kualiti keseluruhan juga telah dipertingkatkan terutama padasusun atur suis yang lebih ergonomik.
  • Street Triple R dan RS dilengkapi dengan kawalan joy-sticklima cara yang intuitif.
  • Varian S telah dikemaskini dengan skrin instrumen LCD yang memaparkan tolok bahan api, odometer dan juga Meter Perjalanan.
  • Varian R dan RS kini dilengkapi dengan paparan TFT lima inci serba baru yangmenawarkan empat tema berbeza.
  • Rekaan semula pengadang tumit penunggang dan tempat letak kaki pembonceng yang ditempa.
  • Kerangka varian Street Triple S dilengkapi dengan rangka utama bersadur serbuk hitam, sub-rangka dan lengan ayun. Manakala varian Street Triple RS pula akan dilengkapi dengan sub-rangka belakang yang diwarnakan dengan warna perak aluminium matte.
  • Ia merupakan motosikal paling ringan dalam kelasnya.
  • Lengan ayun belakang yang lebih keras, jenis gullwing yang mempunyai titik paksi baru yang memberikannya rintangan yang lebih semulajadi pada mampatan ketika pecutan mendadak.
  • Triumph Street Triple S didatangkan dengan suspensi hadapan yang direka dan ditala khas baru, USD Showa SFF dan penyerap hentakan tunggal pramuatan bolehlaras Showa.
  • Varian R pula didatangkan dengan fork bolehlaras sepenuhnya Showa SF-BPF, penyerap hentakan tunggal Showa RSU di bahagian belakang.
  • Varian RS pula dilengkapi dengan fork hadapan beromboh besar Showa dan penyerap hentakan tunggal Ohlins STX40 di  bahagian belakang.
  • Varian RS dilengkapi tayar Pirelli Diablo Supercorsa SP, angkup mono bloc Brembo M50 di bahagian hadapan dan angkup gelongsoran Brembo di bahagian belakang.
  • Varian S dan R pula didatangkan dengan tayar Pirelli Diablo Rosso Corsa, angkup mono bloc Brembo M4.32 di bahagian hadapannya, serta angkup gelinciran satu Brembo di bahagian belakang.
  • Street Triple S pula akan dilengkapi dengan angkup gelinciran dwi-omboh Nissin di bahagian hadapan dan angkup gelinciran Brembo di bahagian belakang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply