ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda lancar 2 model motosikal sempena Hari Raya

Views

HONDA_A_MAIN_RED

Boon Siew Honda Sdn Bhd baru-baru ini melancarkan dua model baru untuk pasaran Malaysia sempena Aidilfitri yang bakal tiba. Dengan memperkenalkan dua model, kapchai dan skuter serentak dan menyasarkan dua kumpulan pengguna berbeza. Yang pertama merupakan model kapchai paling laris yang telah diperbaharui iaitu Honda EX5. Versi baru yang dinamakan Honda EX5 Dream 110 ini masih mengekalkan ciri-ciri klasiknya disebalik beberapa penambahbaikan seperti enjin 110cc menepati piawaian Euro 2 yang menjanjikan pertambahan 11% kuasa dan kecekapan penggunaan minyak sebanyak 53.6km setiap liter, tangki minyak kini 4 liter, tayar dan tempat duduk lebih lebar serta suspensi tahan lasak untuk memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan ketahanan.

Model kedua pula merupakan sebuah skuter yang sporty iaitu Air Blade 125. Digelar skuter tercanggih dalam pasaran tempatan, Air Blade merupakan jentera pertama yang datang dengan ciri-ciri seperti lampu hadapan projector berkembar dan Kunci Response Kawalan Jauh. Selain dari ciri luaran, bahagian enjin juga tidak kurang hebatnya apabila jentera ini menjanjikan prestasi terbaik pada kelajuan maksima. Dihimpun semua ciri dalam satu, Air Blade ini disasarkan kepada generasi muda yang lebih tertarik kepada kecanggihan teknologi.

Motosikal moped merangkumi sehingga 82.1% pasaran motosikal Malaysia dalam tahun 2012. Sebagai pendahulu pasaran pula, Boon Siew Honda mengawal 48.4% % dari keseluruhan pasaran. “Pelancaran dua model serentak sebegini mungkin tidak biasa dilakukan namun kami yakin ia merupakan saat paling tepat untuk memperkenalkan kedua-dua motosikal ini ke dalam pasaran,” jelas Satoshi Okada, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn Bhd.

3quater side w shadow-RED-client

Boon Siew Honda meletakkan sasaran jualan 200,000 unit dalam jangka masa dua tahun untuk Honda EX5 Dream 110 kerana ia bakal menggantikan model asal Honda EX5 yang akhirnya akan ditamatkan pengeluaran. Sasaran bagi Air Blade pula ialah 5,000 unit menjelang tahun pertama. Menyentuh tentang kehendak pasaran, Okada menjelaskan yang pasaran Malaysia berlawanan arus dengan pasaran negara Asia lain. “Dengan jualan skuter melangkaui jualan moped, skuter kini sangat popular di negara Asia lain.

Minat pengguna motosikal Malaysia sebaliknya masih kukuh pada jentera moped sehingga ke satu tahap di mana pasaran Malaysia kini menidakkan kehendak pasaran Asia. Penjualan jentera sebegini masih amat laris berbanding skuter.” Honda EX5 Dream 110 dijual dengan harga RM3,908 untuk model penghidup tendang dan RM4,145 untuk unit penghidup elektrik (harga bilik pameran) dan hadir dalam empat warna berbeza dan pelbagai ciri-ciri manakala Honda Air Blade dijual dengan harga RM7,708 (harga bilik pameran) dan akan hadir dalam tiga warna.

Info dan gambar dari Arish Qutb Ahmad Khan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply