ARKIB

KATEGORI

Buletin

MPV Hibrid Pertama di Malaysia – Nissan SERENA S-HYBRID diperkenalkan!

Views

front-side view (right)

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) baru-baru ini memperkenalkan Nissan SERENA S-HYBRID (“S” untuk“Smart” atau pintar) serba baharu yang ditunggu-tunggu– MPV hibrid pertama di Malaysia di Setia City Convention Centre di Shah Alam, Selangor. Nissan SERENA S-HYBRID serba baharu memiliki penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 15.2km/L berdasarkan kepada ujian kitaran JC08 Jepun, bersama ruang dalaman luas yang menawarkan sehingga 14 konfigurasi tempat duduk. Ia nyata pilihan ideal untuk pengguna MPV yang menghargai kapasiti lapan tempat duduk, utiliti yang inovatif dan keselesaan terbaik.

Tema pelancarannya iaitu “Temui Si Hibrid – “Keluarga Zaman Baru, MPV Zaman Baru” (Meet The Hybrids – New Age Family, New Age MPV) menggambarkan Nissan SERENA S-HYBRID dengan sempurna. Ia menggambarkan imej hebat, versatil dan sofistikated yang dikaitkan dengan sebuah keluarga yang mempunyai gaya hidup penuh gaya. Video-video “Temui Si Hibrid – “Keluarga Zaman Baru, MPV Zaman Baru”boleh ditonton di www.meetthehybrids.com

Sewaktu pelancarannya, Pengarah Pemasaran danPerancangan Produk, Tan Keng Meng berkata, “Selari dengan polisi kerajaan sejak beberapa tahun lalu untuk mempromosikan kenderaan hibrid dan Kenderaan Cekap Tenaga (Energy Efficient Vehicles, EEV) di Malaysia, kami di ETCM sangat optimistik atas pelancaran Nissan SERENA S-HYBRID serba baharu ini. Kami percaya bahawa MPV hibrid ini akan diterima baik oleh keluarga-keluarga yang mahukansebuah MPV luas dengan pelbagai cir iberteknologi tinggi dan turut menawarkan penjimatan bahan api mendahului kelasnya.

Rangkaian kuasa Nissan SERENA S-HYBRID serba baharu terdiri daripada satu sistem hibrid kompak yang terdiri daripada enjin petrol MR20DD empat silinder DOHC dengan pancitan terus Twin CVTC (Continuously Variable Valve Timing) dan kotak gear XTRONIC CVT generasi terkini bersama cir iAdaptive Shift Control (ASC). Motor elektrik ECO menawarkan sumbe kuasa yang cukup untuk membantu enjin dan proses janaan semula tenaga.  Sistem hibrid ini memiliki satu bateri tambahan untuk meningkatkan kapasiti penyimpanan bagi menguasakan ECO Motor.

Sistem S-Hybrid juga menampilkan sistem Idling Stop yang mematikan enjin secara automatik apabila kenderaan berhenti dalam kesesakan trafik.Ciri ini membantu SERENA S-HYBRID mencapai penjimatan bahan api yang mengagumkan ketika memandu di bandar. Enjin akan dihidupkan semula dalam tempoh 0.3 saat pabila pedal brek dilepaskan. Enjin MR20DD ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 147 ps pada 5, 600 rpm dan tork 210Nm pada 4,400 rpm. Berdasarkan kepada kitaran ujian JC08 Jepun, SERENA S-HYBRID berupaya mencapai jarak15.2km/liter – terbaik dalam kelasnya.

Sebagai tambahan, ruang dalaman SERENA S-HYBRID juga adalah yang paling luas dan fleksibel dalam kelasnya. Ia mampu menempatkan sehingga lapan orang dan menawarkan 14 konfigurasi tempat duduk yang berbeza. Versatiliti kabin ini ditingkatkan menerusi tempat duduk pintar (Smart Multi Centre Seat) yang bolehditolak di sepanjang laluan tengah kenderaan. Ia boleh berfungsi sebagai ruang storan tambahan pada baris pertama, sebagai tempat duduk ekstra di baris kedua atau berperanan sebagai meja untuk dikongsi oleh penumpang di tempat duduk baris ketiga.

Ciri-ciri luaran yang eksklusif dan tersendiri Nissan SERENA S-HYBRID terdiri daripada lensa dalaman lampu utama berwarna biru, lampu kombinasi LED berkeamatan tinggi dan lampu berhenti LED yang diletakkan pada kedudukan tinggi. Di ruang kabin, pemandu dialu-alukan oleh rekabentuk papan pemuka yang futuristik dan kemas. Ia menampilkan Eco Driver Navigators ofistikated yang memberi panduan kepada pemandu untuk memaksimumkan kecekapan penggunaan bahan api.

Nissan SERENA S-HYBRID diimport sepenuhnya dari Jepun dan ditawarkan pada harga cukup kompetitif iaitu RM149,500. Ia didatangkan dalam sat ugred premium Highway Star sahaja bersama gril hadapan dan bampar yang unik. Selain rim aloi 16 inci yang dipadankan bersama suspensi sports dan kemasan dalaman berwarna gelap. Pilihan warna pula ialah ungu gelap (Dark Purple), hitam (Super Black), putih (Brilliant Pearl White) dan perak (Brilliant Silver). Ia hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh100,000km (mana-mana tiba dahulu).

Sepanjang tempoh promosi yang bermula pada hari ini, para pelanggan juga akan menerima Multimedia Navigator bersaiz 6.5 inci secara percuma dengan kamera pandang belakang, pemain DVD, ketersambungan iPod, USB & Bluetooth bernilaiRM3,300 (sah sehingga stok masih ada). Aksesori pilihan termasuklah panel LCD bersaiz 10.1 inci yang dipasang pada bumbung, visor pintu, kombinasi kemasan dalaman kulit dan tinted cermin tingkap.

Nissan SERENA S-HYBRID akan dipamerkan di lokasi-lokasi siri jelajah terpilih seperti di bawah :

Tarikh (2013)

Wilayah

Lokasi

24 – 28 Julai

Wilayah Tengah

One Utama

25 – 28 Julai

Wilayah Utara

Queensbay Mall

27 – 28 Julai

Malaysia Timur(Sarawak)

Delta Mall, Sibu

26 – 28 Julai

Wilayah Selatan

BatuPahat Mall

30 Julai – 4 Ogos

Wilayah Selatan

AEON Tebrau City

2 – 4 Ogos

Wilayah Tengah

Leisure Mall

13 -17 Ogos

Wilayah Utara

Alor Star Mall

23 – 25 Ogos

Wilayah Tengah

Paradigm Mall

30 Ogos – 1 September

Malaysia Timur(Sarawak)

City One, Kuching

30 Ogos – 1 September

Malaysia Timur(Sabah)

Center Point, Sabah

Info dan gambar dari Arish Qutb Ahmad Khan.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply