ARKIB

KATEGORI

Buletin

HONDA MALAYSIA BUKA PUSAT 3S PERTAMANYA DI PERLIS

Views

Pic 5

Vimal Auto-Liner Sdn Bhd, Pusat 3S Honda yang pertama di Perlis hari ini dibukaa secara rasmi dan menawarkan Jualan, Servis dan Alat Ganti di bawah satu bumbung. Vimal Auto-Liner melabur RM10 juta ke dalam pembinaan Pusat 3S Honda dengan tujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap dan profesional kepada pelanggan di negeri tersebut .

Pengarah Urusan Honda Malaysia dan Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Yoichiro Ueno hadir untuk merasmikan dan meraikan peristiwa penting ini. Dengan adanya Pusat 3S baru Honda di Perlis, Honda Malaysia kini telah mempunyai rangkaian pengedar di seluruh negara. Perlis adalah pasaran yang berkembang dengan potensi yang besar untuk Honda Malaysia. 200 unit kereta Honda telah dijual di sini dalam 6 bulan terakhir 2012, di mana City dan Civic adalah model yang terlaris.

Dalam ucapan tahniah beliau, Encik Ueno berkata, “Empat negeri utara, Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak telah menyumbang kira-kira 20% kepada jualan tahunan Honda Malaysia dan jualan di negeri-negeri ini telah berkembang pada kadar purata tahunan sebanyak 6% untuk 5 tahun tahun yang lalu . ” Tapak di Kangar telah dipilih sebagai Pusat 3S Honda baru kerana ia terletak di lokasi yang strategik dengan akses yang sangat baik.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Comments are closed.