ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia lancar CR-V 2.4L baharu

Views

950x760xcrv-2.4-front-950x760.jpg.pagespeed.ic.oPMjvDE8F-

Honda Malaysia hari ini melancarkan CR-V 2.4L serba baru. Varian enjin yang lebih tinggi diperkenalkan untuk memenuhi permintaan pasaran berikutan maklum balas pelanggan. Setakat ini model 2.0L telah mencatatkan 6,100 unit tempahan iaitu 87% daripada sasaran 7,000 unit jualan yang ditetapkan pada bulan Mac.

Dikuasakan oleh enjin 4-silinder 2.4 liter DOHC i-VTEC,  Honda CR-V 2.4L menjana sehingga 190 kuasa kuda pada 7,000 rpm dan tork adalah tertinggi 222Nm pada 4,400 rpm.Dari segi keselesaan, model ini dilengkapi tempat duduk kulit mewah dengan fungsi 8-Way Power Driver Seat, yang boleh diselaraskan dengan hanya satu suis.

Selain itu Sistem Smart Entry , butang penghidup enjin,  paddle shift , sistem audia dengan srin sentuh  6.1 “, sistem navigasi, lampu High Intensity Discharge (HID) , lampu utama dengan fungsi Auto-Levelling,  Auto Light Sensor,  Auto Rain Sensor, rim 18 ” dan pintu krom adalah antara ciri-ciri tambahan yang terdapat pada model ini.

950x760xcrv-2.4-rear-950x760.jpg.pagespeed.ic.W5IVb_4SG3

Dari segi keselamatan pula model ini dilengkapi dengan 6 beg udara,  Electronic Brake Force Distribution (EBD), Vehicle Stability Assist (VSA), Sistem Kawalan tarikan (TCS), Traction Control System, Anti-lock Braking System (ABS), Hill-start assist dan Motion Adaptive Electronic Power Steering (MA-EPS).

CR-V 2.4L  kini boleh didapati dalam 5 warna, Twilight Blue Metalik, Taffeta White, Alabaster Silver Metallic, Crystal Black Pearl serta warna baru, Modern Steel Metallic. Honda CR-V 2.4L berharga RM169, 800.00 (atas jalan dengan insurans) dan tempahan boleh dibuat di semua bilik pameran Honda seluruh negara.

Honda Malaysia menawarkan jaminan 5 tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang perkhidmatan baru 10,000 km selain 6 kali perkhidmatan buruh percuma berselang-seli dengan servis berbayar.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply