ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda Malaysia lancar Jazz Petrol CKD

Views

SONY DSC

Honda Malaysia hari ini melancarkan Honda Jazz petrol versi CKD dengan harga yang sangat berpatutan, iaitu RM74, 800.00. Ini adalah kereta pertama Honda Malaysia yang berharga di bawah RM75, 000. Berdasarkan unjuran pinjaman 90% yang akan dibayar dalam tempoh 9 tahun, bayaran balik bulanan untuk Honda Jazz adalah serendah RM755. Model ini dijangka mampu memikat pelanggan yang disasarkan termasuk graduan dan eksekutif muda.

Honda Jazz petrol adalah model kedua yang dikeluarkan di kilang Honda Melaka selepas pengenalan model CR-V 2.4L serba baru minggu lepas. Honda Jazz dijana oleh enjin 1.5 liter i-VTEC yang memberikan pemanduan yang cemerlang serta dipadankan dengan transmisi automatik 5-kelajuan (Shift Hold Control). Model ini dilengkapi roda aloi 15″, lampu belakang 3-Tahap, lampu kabus dan gril hitam yang bergaya. Pelanggan kini mempunyai pilihan untuk meningkatkan kenderaan mereka kepada Jazz Modulo Aerokit yang membuatkan penampilan model ini lebih berani dan bergaya.

Ciri-ciri keselamatan seperti Teknologi Kawalan G-Force (G-CON) Vehicle Stability Assist (VSA), dua beg udara SRS, tali pinggang 3-titik kecemasan – Emergency Locking Retractor (ELR), Anti-lock Braking System (ABS), Electrical Brake-force Distribution (EBD) dan Brake Assist (BA) terdapat pada model Jazz ini. Honda Malaysia memberi jaminan 3 tahun atau 100,000 km dari tarikh pendaftaran. Pelanggan juga akan mempunyai pilihan untuk jaminan 6 bulan atau 10,000 km pakej servis percuma.

Honda Jazz Petrol CKD didatangkan dalam pilihan 4 warna, termasuk Taffeta White, Alabaster Silver Metallic, Sparkling Brown Metallic dan Crystal Black Pearl. Honda Jazz Petrol CKD kini boleh didapati di semua bilik pameran Honda Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

20 Comments


  • memang menarik harga tu… mesti ramai yang mindsetnya mengagungkan kereta import akan beli jazz ni sebab harga dia mmg murah untuk sebuah kereta import.

    walaupun berbeza segmen, nak jugak aku tengok nanti macamana proton nak fight untuk sales preve hatchback nanti. bagi aku segmen orang tak pandang sangat. biasanya org tengok saiz, harga dan cc enjin je. huhu..


  • nilah maksud aku dulu bila proton perlu fikirkan kereta dengan harga bawah 70K…nilah maksudnya…ni baru harga pertama baru buat ckd…adakah mereka tidak akan membuat lagi sebarang penurunan harga bila nep baru d lancar nanti dengan segala insentif..ya..memang segmen berlainan tapi harga dan kononnya HONDA dan juga jenama luar..memang akan menjadi saingan hebat pada preve hatchback yang akan d lancarkan tidak lama lagi…memang proton perlu berusaha lebih lagi mengenai harga…terus teranglah…kita letaklah sama harga dengan honda ni…agak yang mana pilihan pengguna…

    dengan persepsi yang ada pada proton dan orang gile kat honda ni…preve sekarangpun mungkin terjejas kalau tiada pengurangan harga…


  • @gie7

    Betul. Kebanyakkan orang kat Malaysia ni dia tak tengok sangat segment sama atau tidak. Yang dia tengok brand dan harga, lepas tu baru dia tengok faktor lain.


  • xsilap akulah, yg honda duk ckd pun drb hicom punya projek kan. drb hicom, pemilik proton, aderler sebabnya, cer tengok, bermula ngan saga sv, pastu jazz ckd, ada kemungkinan pengurangan kos dari segi parts sbb kebanyakan vendor under drb, dan xmustahil, semua operasi ckd yg bwh drb hicom akan beralih angin ke tanjung malim.

    pada firasat aku, akan ada byk under drb yg akan kurang rega termasuk proton. so, sama2 tunggu dan lihat.

    ps:xkan drb nak backfired produk dia sendirikan…he…he…


  • Mmm… bila harga dah competatif dgn kereta nasional, tentu sahaja spec plak jadi taruhan. Proton n perodua kena ar pastikan gak kualiti setanding dgn kereta luar kalau nk terus bersaing dgn kereta2 luar nie. Apa model kereta pun, masing2 ada kelebihan n kekurangannya. Preve hatchback nie kena tampilkan kualiti n ciri2 safety n spec yg tip top kalau nk bersaing dgn harga jaz dari model 2007 nie.

    X perlu melihat persaingan dgn preve hatchback sahaja, Lihat nanti kesannya pada model import lain sperti Kia Rio, pug 208 n ford fiesta di M’sia. Dgn harga sebegini, sudah pasti Jazz mendahului senarai dari model2 import nie:)

    cheers!


  • @fauzan
    @mat

    Apapun aku gerenti kalo Honda boleh penuhi permintaan Jazz ni (yang dijangka tinggi), memang akan terjejas jualan Myvi 1.5 Extreme, Preve dan lain2 kereta juga.


  • Mat..da btul juga kata mat tu…semua produk drb kan…mesti ada strategi masing2..proton perlu sangat kompetitig…prlu strategi terbaik tuk semua model lepas ni…ni maksud saya produk lain pun akan trunkan harga…


  • ni untuk sapa yang tak pandang segment dengan feature, kenapa tak cakap Saga FLX lagi murah dari Honda Jazz CKD ni?

    Preve kena kekal produk yg standard global, jangan sebab nakkan murah, Preve jadi 50k lepas tu semua dalam kosong. Safety semua hilang.


  • ruffstuff. Memang honda Saga SV lebih murah dari jazz. dekat dua kali ganda. Tapi ada ka orang compare Jazz ngan Saga? Lagipun kalau lihat website honda malaysia, Harga Jazz nih cuma 36800 saja. Menurut kawan saya salesman honda langkawi, semalam booking saja dah cecah 200 unit. Nampaknya model kecil di Langkawi tak laku la. Mirage kosong saja pon dah 39k. Suzuki alto 1.0 pun 41k.


  • Kereta kecik camni untuk jadi kereta kedua boleh la sbb kecik ataupun untuk orang yang tak ramai anak. Macam bapak aku sendiri beli Jazz. Sebab apa? Sebab anak2 dia dah besar. Dah tak ada keperluan untuk dia angkut anak2 dia pergi mana2. Dia jual mercedes dia yang banyak prob tu beli Jazz.


  • Harga Jazz Hybrid pun turun..extra dlm RM4k++ Jazz CKD Petrol…bln Sept Accord baru akan masuk…next year ada 5 model baru akan masuk…ada kemungkinan Insight, Stream, City atau Freed akan digantikan…mungkin juga ada pertambahan model..Brio ada kemungkinan diperkenalkan..


  • nothing much…this Aug (probably) will be P3-22A & next year maybe on GSC model…Proton tak byk model variant..jadi setiap model tu kna seriously review & improve on every aspect…design, quality, spec & defenitely pricing…

    *masih suka Satria Neo w/pun dah jual….hopefully another HB model jauh lebih baik dr Neo…
    good luck Proton.


  • @ajie

    Thank you so much for share the info. I myself is looking forward to own the GSC, provided it is better than Savvy in all aspect including handling. If it is, then it will be my next small car.


  • Hahaha… Harga untuk Jazz langkawi dan labuan tersalah kira oleh Honda Malaysia…. Booking dihentikan serta merta bermula 15/7. Apa yang honda nak buat dengan orang yang dah booking? Refund atau carry on.. huhuhuuh

Leave a Reply