ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda RS150R pemangkin pasaran kapchai

Views

Artikel oleh Shamsul Yunos

Pasaran motosikal Malaysia masih dikuasai oleh kapchai tetapi profil pasaran kita semakin berubah dimana pembeli mahukan lebih kemewahan dan gaya. Model RS150R bermula dengan harga RM8,213, bukanlah murah tetapi kompetitif dengan model yang serupa dari Yamaha YZ15R yang boleh menjadi milik anda pada harga sekitar RM8,000 juga.

Menurut Boon Siew Honda inilah model kapchai sporty mewah mereka yang pertama yang sekaligus membawa mereka ke demografi pasaran yang baru. Siapakah yang menjadi pembeli sasaram motosikal ini? Mereka yang mahukan sesuatu yang lebih dari sebuah motosikal pengangkutan dan impikan kelebihan dari sudut prestasi, gaya dan juga imej.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Nobuhide Nagata, model ini antara langkah perubahan yang diambil oleh syarikat untuk mencapai semula tempat pertama yang kini terlepas kepada jenama lain. Pemerhati industri berpendapat Honda jatuh dari tempat teratas kerana ia tidak menawarkan model yang mampu menarik minat pembeli muda tetapi memberi focus kepada produk tradisional yang lebih terkenal dengan ketahanan dan kos penyelenggaraan yang rendah.

Kategori kapchai 150cc memang menjadi tumpuan pembeli muda yang inginkan lebih keseronokkan dan lebih sesuai dengan jiwa dan gaya kehidupan mereka yang aktif. Nobuhide mensasarkan jualan 24,000 unit setahun untuk model ini dan inilah langkah pertama Boon Siew Honda untuk kembali ke tempat teratas dalam industri automotif dua roda.

13445964_10153493604127105_935680097_o

Sasaran global Honda ialah 20 juta unit untuk tahun ini dan Malaysia adalah pasaran yang agak penting untuk zon Asia Pasifik dan Oceania. Bagi mencapai angka jualan yang optimistik tersebut Boon Siew telah memeterai satu perjanjian dengan jenama peralatan lepas pasaran Racing Boy. Kolaborasi dengan Racing Boy dijangka mampu meningkatkan profil model tersebut dan menjadikannya lebih menarik kepada golongan muda yang gemar mengubahsuai motosikal mereka.

Nobuhide berasa teruja pabila melihat pasaran motosikal Malaysia kini semakin dinamik dengan pelbagai trend ubahsuai yang semakin menular. “Ini menunjukkan bahawa pembeli kita sudah mempunyai pendapatan yang lebih tinggi dan mereka mahukan motosikal bukan sekadar untuk pengangkutan tetapi juga sebagai luahan minat dan imej diri mereka.

“Kami mula memahami faktor ini dan mahu menjadi pilihan utama mereka di pasaran Malaysia,” sambungnya. Honda jelah telah memikirkan kegemaran anak muda dengan spesifikasi RS150R yang dilengkapi dengan pelbagai spesifikasi menarik seperti enjin DOHC dengan sejukan cecair.

Enjin ini menghasilkan 15.6PS, satu tahap kuasa yang kompetitif untuk segmen 150cc dan ini dicapai dengan penggunaan sistem suntikan bahanapi terancang (PGM-FI) Penghantaran kuasa melalui klac basah pelbagai plat (Multiplate wet clutch) ke kotak gear enam kelajuan memastikan kuasa dapat dihantar dengan segera.

Selain dari spesifikasi teknikal yang menarik, RS150R juga dilengkapi dengan peralatan moden seperti lampu depan LED, papan pemuka dengan meter digital dan gaya yang dinamik dengan rekabentuk berlapis. Suspensi depan sistem telekopik dan monoshock di belakang membolehkan model ini terus boleh dilayan sebagai model berprestasi tinggi.

13467392_10153493601627105_1021962068_o

Honda akan menggunakan model ini dalam Kejohanan Cub Prix Kebangsaan dan mereka menaruh harapan yang agak tinggi untuk memenanginya. Kami yakin model ini adalah kompetitif, namun soalannya mampukan Honda mengatasi reputasi jenama mereka yang masih dikenali sebagai penghasil kapchai yang lasak bukan berjiwa muda?

Nobuhide berkata mereka merancang mengubah seluruh senarai model yang ditawarkan untuk lebih memenuhi pasaran terkini dan antara perubahang lain ialah pembukaan rangkaian Big Wings untuk melengkapi gaya hidup peminat jenama kepak tersebut mulai tahun depan. Selain menjual peralatan gaya hidup, Honda juga mahukan Big Wing menjadi pusat penyelenggaraan yang diyakini pembeli dan juga tempat peminat Honda mengenali jenama tersebut dengan lebih rapat.

Boon Siew Honda kini dalam perancangan untuk memulakan strategi “Big Wing” di Malaysia mulai tahun depan. “Bagi mengukuhkan rangkaian jualan, kami juga ingin memberikan pelanggan-pelanggan setia kami gaya hidup bermotosikal lebih mewah yang mereka idamkan. Kami kini No. 1 di Thailand selama 2 tahun berturut-turut selepas melaksanakan strategi pemasaran ini selama 3 tahun,” kata Encik Noriaki Abe, Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania) Honda Motor.

Pelancaran RS150R juga turut menjelaskan banyak perkara mengenai apa yang Boon Siew Honda ingin lakukan di masa hadapan untuk mengembangkan industri pembuatan motosikal di Malaysia. Pelancaran RS150R ini telah menunjukkan kegigihan Boon Siew Honda untuk menakluki setiap lingkungan harga motosikal selepas melancarkan Wave Alpha (Cub harga rendah) dan Wave Dash (Cub harga pertengahan) tak lama dulu.

Ini merupakan permulaan baru bagi Boon Siew Honda dan ianya akan terus membawa Honda untuk menjadi jenama No.1 di dalam industri permotoran. Turut hadir pada pelancaran ini adalah Dato’ Sri Tan Hui Jing, Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda. Juga hadir ialah Khairul Idham Pawi – Pelumba Moto3 tajaan Honda yang telah menjadi pelumba paling muda, serta yang pertama dari Asia, untuk naik keatas podium hanya beberapa bulan yang lalu.

13460743_10153493605562105_652320415_o

Fungsi serta reka bentuk bergaya motosikal ini sememangnya amat dinantikan. Konsep reka bentuk keseluruhan RS150R didalangi 3 perkara utama:

1 ) Bentuk badan agresif
2 ) Bentuk muka dan lampu yang tajam
3 ) Rangka badan yang berlapis

Semua ini telah dilaksanakan supaya RS150R kelihatan lebih ganas, terutamanya bila digandingkan dengan lampu LED, rangka dalaman dan kowl yang unik. Honda percaya model ini akan menunjukkan dengan jelas bahawa nilai reka bentuk dan fungsi boleh digandingan dengan amat berkesan. Semua aspek kejuruteraan Honda RS150R memang sesuai sekali bagi demografik pengguna yang lebih muda dan Honda akan meneruskan usaha ini didalam semua projek-projek akan datang.

Enjin

RS150R dilengkapi enjin DOHC 150cc satu silinder dengan sistem penyejukan cecair dan dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan. Ini menawarkan tujahan kuasa 15.4 hp pada 9,000 rpm, manakala daya tork adalah 13.5Nm pada 6,500 rpm. Jentera terbaru Honda ini sememangnya unik dan menawarkan rentak baru untuk jenama motosikal ini.

Teknikal – aksesori, varian, warna dan harga serta tarikh di bilik pameran

RS150R mempunyai berat 123kg. Ia juga membawa tangki minyak 4.5 liter dan dilengkapi dengan brek cakera di bahagian hadapan dan belakang. Ianya ditawarkan dalam dua varian dan empat warna – Logam Merah, Repsol dan advanced dalam biru matte atau hitam matte – warna-warna yang tentunya akan memikat hati pemuda tempatan.

*Model RS150R akan mula dijual di semua pengedar sah pada permulaan bulan Ogos 2016.

KLIK UNTUK BESARKAN

13405636_10153493602167105_488796209_o 13410678_10153493605572105_1945819820_o 13441990_10153493604132105_763010951_o 13445964_10153493604127105_935680097_o 13453330_10153493604122105_472669319_o 13453378_10153493605557105_137288404_o 13453483_10153493604232105_10320816_o 13460743_10153493605562105_652320415_o 13467392_10153493601627105_1021962068_o

Video sidang media – Bahagian 1

Video sidang media – Bahagian 2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply