ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda seru pemilik buat penggantian inflator beg udara penumpang hadapan dengan segera

Views

Honda Malaysia sekali lagi menyeru pemilik kenderaan mereka yang terlibat dengan penggantian inflator beg udara Takata untuk penumpang hadapan (pemandu/penumpang) supaya membuat penukaran dengan segera. Stok tersedia akan ditambah dari semasa ke semasa dan hingga hujung bulan ini, stok tersedia kini sebanyak 55 peratus, sebulan lebih awal dari jangkaan asal. Ia akan bertambah sehingga ke 70 peratus sebelum akhir tahun ini.

Pelanggan yang terlibat perlu segera membuat temu janji di mana mana Pusat Hab Servis Berpusat Honda atau Pengedar Sah Honda bagi mengelak sebarang kesulitan. Setakat 23 November 2016, Honda Malaysia telah menggantikan lebih 62,300 unit dari 125,000 unit inflator beg udara Takata untuk penumpang hadapan, iaitu hampir separuh dari jumlah keseluruhan.

Selain itu, program penggantian lain yang melibatkan 147,894 unit inflator beg udara Takata untuk penumpang hadapan telah pun dibuat sebagai langkah berjaga-jaga. Honda Malaysia juga mengambil langkah segera untuk memulakan aktiviti penggantian untuk kesemua unit yang terjejas.

Stok tersedia untuk inflator beg udara Takata untuk penumpang hadapan kini 100 peratus. Semua Pusat Hab Servis Berpusat Honda atau Pengedar Sah Honda mempunyai stok mencukupi untuk mengendalikan proses penggantian. Sehingga 23 November 2016, Honda Malaysia telah menggantikan lebih 175,000 unit dari jumlah keseluruhan 264,000 unit yang terjejas, menjadikan jumlah siap ganti pada 66 peratus.

Honda Malaysia turut menambah tujuh lagi lokasi Hab Bergerak di pusat membeli belah dari 11 kepada 18 lokasi di sehingga 25 Disember 2016. Pelanggan boleh menyemak lokasi Hab Bergerak pusat membeli belah terpilih di laman sesawang www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my.

Dengan peningkatan Hab Bergerak di bberapa lokasi tambahan, operasi Pusat Hab Servis Berpusat Honda telah dilanjutkan sehingga 31 Disember 2016 dan aktiviti penggantian akan turut dibuat semasa siri jelajah Honda Family Road Trip dan Honda Mobile Road Shows. Jangan tunggu lagi tau!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply