ARKIB

KATEGORI

Buletin

Nissan Navara sedia redah Rainforest Challenge 2016

?
Views

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) bakal bersaing dalam acara Rainforest Challenge (RFC) 2016 dengan menghantar trak pikap Nissan Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4 sebagai wakil untuk edisi kali ini. Dalam satu acara sesi media baru baru ini, jentera tersebut telah diperkenalkan secara rasmi di samping kemunculan motosikal RFC Enduro Trophy, EarthCruiser dari Amerika Syarikat (AS), penari penari Flash Mob, mesin mesin UTV/ATV serta kenderaan 4×4 lain yang akan turut serta dalam acara tersebut nati.

Peserta peserta RFC 2016 datang dari seluruh dunia termasuklah Venezuela, AS, Colombia, Australia. Selain negara-negara Eropah seperti Austria, Poland, Rusia, Bulgaria, Hungary dan Itali. Tidak terkecuali, penyertaan dari China, Vietnam, Brunei, Filipina, Thailand, Jepun, Korea, Sri Lanka, India, Singapura dan Malaysia.

Nissan Navara akan dipandu oleh gandingan The “Amazonia” Ladies of Steel, Fabiana Martins dan Julieth Zanelato, generasi T3000 (mesin super Terminator) yang berasal dari Brazil. Sesuai dengan gelaran wanita besi T1000 & T2000 dalam RFC, mereka merupakan pasukan wanita pertama yang datang dari Brazil dan bersaing dalam RFC 2016 Malaysia.

RFC 2016 akan bermula dengan satu pemeriksaan teknikal dan sesi pelepasan di Dataran Merdeka menuju ke Pahang. Ia akan bermula di Kuantan untuk Peringkat Prolog Khas pada 27 November sebelum diteruskan dengan pengembaraan penuh mencabar selama sembilan hari – The Twilight Zone (TZ). TZ yang dirancang pada tahun ini, melibatkan kawasan barat laut negeri Pahang yang menghubung ke Cameron Highlands merupakan paling panjang dalam sejarah.

Satu Pusat Operasi Taktikal (TAC) juga akan ditubuhkan di Briged Tenggara, Pasukan Operasi Umum, Polis Diraja Malaysia di Bukit Galing, Kuantan bagi memantau RFC yang berlangsung selama 10 hari pada tahun ini. ETCM akan menghantar tiga unit Nissan Navara yang dilengkapi aksesori Ironman 4×4. Satu unit bersaing dalam RFC 2016, manakala dua unit lagi sebagai kenderaan rasmi bagi menyokong operasi RFC dan pengurusan pengangkutan.

Dengan kuasa maksimum 163PS dan tork 403Nm/2,000rpm, Nissan Navara itu dibiarkan standard dengan hanya sedikit pengubahsuaian melibatkan peralatan penting untuk pertandingan. Antaranya ialah bull bar besi hadapan, takal (winch) elektrik, bar besi perlindungan di belakang, lampu sorot, kit bantuan, tayar untuk laluan lumpur, sistem suspensi jenis sel busa (Foam Cell) dan snorkel. Dua daripada tiga unit Nissan Navara itu ialah varian 2.5L SE dengan transmisi automatik tujuh kelajuan. Sebuah lagi ialah 2.5L SE dengan kotak gear manual enam kelajuan.

KLIK UNTUK BESARKAN

01-rfc_julieth_luis_faniana ? 06-nissan-navara-w-ironman-4x4-accessories

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply