ARKIB

KATEGORI

Buletin

Honda tayang lakaran WR-V

Views

Peperangan SUV semakin menjadi-jadi. Selepas satu per satu gergasi automotif dunia mengeluarkan senjata sulit SUV mereka, tiba giliran Honda sekali lagi membuat kejutan dengan menayangkan lakaran SUV sub-kompak terbaharu mereka yang dinamakan WR-V. Apa yang dimaksudkan dengan akronim tersebut? Bukan ‘World Rally Vehicle’ ye tuan tuan. Sebenarnya ia membawa maksud ‘Winsome Runabout Vehicle’.

Model yang dibangunkan khusus untuk pasaran Amerika Latin ini, khususnya di Brazil menggunakan pelantar@plaform model hatchback kompak Honda Jazz. Ia dijangka bakal digilai oleh mereka yang menikmati gaya hidup aktif dan praktikal. WR-V bakal membuat debut di Sao Paolo International Motor Show 2016 bulan hadapan, dan apabila masuk ke pasaran nanti ia akan duduk di bawah sedikit dari HR-V yang turut dipasarkan di rantau Amerika Latin.

Walaupun diubahsuai dari model Jazz, WR-V nampak lebih gagah dengan rupa hadapan yang lebih agresif, lampu hadapan yang lebih tajam yang bersambung dengan jeriji yang kecil. Setakat ini belum ada pengumuman rasmi bila model ini akan sampai ke barisan pengeluaran. Kita nantikan kemunculannya bulan hadapan. Teruja juga kami nak melihatnya.

* Tiba tiba je berangan kalau Proton Iriz Active tu dikomersilkan, mungkin rupanya boleh direkabentuk sebegini. Asyik sedan je jemu juga kan?

honda-wr-v-design-sketch-official-front

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments


  • Semakin banyak pengeluar kenderaan membangunkan SUV kecil sub-compact SUV lebih kecil dari compact SUV.. Permintaan semakin tinggi.. Sub-compact SUV sepertimana konsep Iriz active, manakala compact SUV seperti Vitara 2016..


  • Itulah Proton.. Bukan nak dengar kata orang atau nak ikut market orang. Semua model syok sendiri. Tengoklah dulu. Gen2, waja, Persona, Wira, saga 1.6 semua saling makan sesama mereka. Lepas tu sale tak naik salahkan rakyat tak patriotik konon.
    Ni masa sub-compact SUV jadi trend, katanya SUV tiada market! Aiyaa.. Tengok lah HRV harga RM100K pun laris lah.. Kenapa Suprima S RM80k tak laris? Sebab alang-alang nak jadi SUV. Kalau Suprima S tu jadi SUV cross over rasanya boleh lawan Honda HRV.

Leave a Reply