Ketika tumpuan Frankfurt Motor Show 2017 lebih terarah kepada pengeluar kereta dari Eropah, Honda mengalihkan pandangan para pemerhati ke pentas pamerannya dengan memperagakan sebuah kereta elektrik kecil yang diberi nama Urban EV Concept. Hatchback elektrik kecil ini mengadaptasikan rekabentuk retro yang dipacu oleh penjana kuasa elektrik.
Walaupun penampilannya nampak ‘old-school’, harus diingat Urban EV Concept ini merupakan kenderaan elektrik sepenuhnya. Meskipun tiada butiran lanjut mengenainya, namun ia akan menggunakan sistem Power Manager Concept yang baharu untuk “menyimpan kuasa dengan lebih cekap, mengalirkan kuasa elektrik yang dijana oleh sumber yang boleh diperbaharui kembali ke rumah atau menjualnya kembali ke grid”.
Panjang Urban EV Concept kurang empat inci jika dibandingkan dengan Jazz/Fit dan Honda telah meletakkan empat tempat duduk dalam kabinnya yang boleh diakses menerusi sepasang pintu “suicide”. Ruang dalaman dipisahkan anta dua bangku kerusi yang menggunakan upholsteri fabrik berwarna kelabu dan papan pemuka kemasan kayu yang dibungkus dengan skrin infohiburan panoramik.
Apa yang menarik pada model ini adalah, ia sudah sedia untuk dikeluarkan dengan beberapa perubahan dan menurut Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Takahiro Hachigo yang memperkenalkan model tersebut, ia bakal menjengah pasaran Eropah pada 2019.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI