ARKIB

KATEGORI

Buletin

Kit badan Proton Saga versi 2.0 TuneD kini lebih mengancam!

Views
SAGA TuneD VER 2 0

Baharu sahaja sebentar tadi laman Facebook rasmi TuneD memperkenalkan kit badan Proton Saga versi 2.0. Ia merupakan versi yang telah dinaiktaraf dari versi sebelumnya, setelah mendapat banyak kritikan dari netizen. Dengan perubahan yang ketara terutama di bahagian jeriji hadapan dengan kemasan hitam dengan jalur merah di tengah dan bampar yang lebih sporty kami yakin ia mampu memikat hati pemilik Saga untuk menaiktaraf kereta kesayangan mereka.

Harga bermula dari RM5,490 dan untuk pertanyaan lanjut, hubungi TuneD di laman Facebook rasmi, hantarkan email atau hubungi talian +603-832 01800. Kalau TuneD buat harga promosi dengan harga yang lebih murah kami rasa kit badan ini akan ‘terlajak laris’! Bukan pe, harga dia agak mewah sikit untuk kereta rakyat marhaen, betul tak?

* KEMASKINI : Harga RM 5,490 ( Body kit – Bampar depan+LED DRL, Bampar  belakang +LED DRL, Skirt sisi dan cat badan penuh untuk keseluruhan badan kereta)

KLIK UNTUK BESARKAN

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply