Kepada rakan-rakan yang berada di sektar Lembah Klang, boleh la berkunjung ke Mid Valley Mega Mall, East Atrium (sebelah Coffea Bean) untuk melihat dengan lebih dekat model yang bakal dilancarkan tak lama lagi, HYUNDAI ELANTRA MD. Pameran ini berlangsung selama 5 hari, bermula pada 22hb – 26hb Februari ini. Mengikut sumber, soft launch model ini bakal dibuat pada 29hb Februari (hari Rabu minggu hadapan), difahamkan kelewatan ini disebabkan oleh final price yang belum mendapat kelulusan dari MITI.
Terima kasih kepada sahabat kita bro nadzri myusof kerana memberikan gambar serta info mengenai model ini 🙂
Tags:Automotive
Elantra vs Pug 408 vs Proton P3-21A… hurmmmm
tapi aku tak suka badge inokom tu.. senang je nak tukar. nasib baik kat stereng masih Hyundai lagi. hehe
Cantik adik sonata nih hehe tp mcm orang lain ckp.. Inokom badge tu bagi malu la.. baik NAZA ok lagi rasanya hehe.. tp yg penting ciri2 tuh dan price range.. hehe
elantra 1.8 je , lwn p3 1.6 turbo @ 2.0
I got bored with hyundai’s fluid looks….for no reason…dont know why. And I heard bad reviews for its steering wheel as well…:-)
Aku setuju. Mula2 keluar konsep macam ni pun aku dah agak design macam ni biasanya tak evergreen. Mula2 nampak memang ada wow factor, tapi bila dah lama2, dah rasa bosan.
Part steering tu pun aku setuju jugak. Actually aku nk komen ni memang pasal steering la. I’m not sure what do u mean by ‘bad review’, is it becoz of the look or function? Tapi apa yg aku tgk, kalau dari gambar tu la, it’s HUGEEEEEE man!! macam stereng bas daaa.. haha.. this is just my 1st impression from the picture. Real life size tak sure la pulak, blom pegi tgk. 😀
saya pn sama, mula2 tengok wow… banyak kali tengok mcm boring pulak…
cantik..pandai dorang promote ciri2 kereta ni dgn melukis kat body..hehe
kalau nak laku jual harga mahal sikit je dari Naza Kia. Itu je.. so should below RM 100, 000 utk highest spec, kalau tidak terancam ngan kereta2 yg byk nak lancar. apalagi diwar2kan P3-21A keluar dgn harga below RM 75, 988. Bahkan ada yang kata below RM 70, 000 dgn segala spec yg x ada pd Hyundai Elantra
proton yes 4g dah launch. kt paultan
http://paultan.org/2012/02/22/yes-4g-proton-inspira-unveiled-at-bukit-bintang-and-you-can-win-it-and-other-prizes-in-an-online-contest/
Dato’ Syed Zainal pun ade..
mcm berlebihan la pulak design dia. hmmm….
wow,sime darby set profit margin rendah ke, bgs2, mgkin dh trgugat ngan rega diwar2kan kat paper. Ini sudah bgs, org malaysia akan byk choice. Goodwork, let the war begins. Approvelah cpt2 rega.
bro mat, “sime darby set profit margin rendah” – harga elantra ni dah keluar ke? brape price range dia..?
Tunggu Proton P3-21A launch dulu baru buat keputusan. Compare spesifikasi, harga, rekabentuk, ciri-ciri tambahan, ciri pemanduan, ciri dan rating keselamatan, warranti, tahap kecomelan dan sebagainya. Takut dah terbooking kereta lain bila P3-21A keluar besok takut nyesal karang. Tapi setiap kereta dan versi keluarannya ada peminat masing-masing. Mungkin 2012 merupakan tahun untuk Proton menyinar, insya Allah. 🙂
Next 3-4 years this Elantra will look boring while P3-21A will look stunning until next 20 years.. I believe in that 🙂
dorang xpe.3-4 tahun design dah lapuk & nmpk memboringkan, design baru dh kuar. setiap model tak lama lifecyle dia. maklumlah, syarikat gergasi.
cuma agk mengecewakan jika spec yg ditawarkn oleh sime ini dikurangkan tidak seperti pasaran negara lain. pastu harga tinggi.
kalau Hyundai fikir nak pecah monopoli Jepun dan curi market yg besar so price should be between RM 70, 000 – RM 90, 000. Tapi saya rasa Hyundai akan price kan harga kereta nya antara RM 80, 000 – RM 98, 000. Bila P3-21A keluar je rasa maybe Naza pun akan btindak samada perkenal skim pemilikan kereta yg lebih mudah bersama penyelenggaraan percuma ataupun upgrade kereta kepada full spec macm dibuat pd Chevy Cruze tp mantain harga lama (letak bodykit free, leather seat, dvd double din dll)
Mmm. Dulu tgk mcm lawa. Lama2 tengok dah mcm ikan keli jer rupa depan tu;-) sorry. Blakang cantik. Sebenarnya mmg xsuka design depan yg ada sesungut.
Cheers!
yeah yeah, dia da dtg!! lma gle tnggu keta ni.ni yg versi 2 taun lps da kot nih. daytime running lights xde, lmpu blkng pn bkn led.tersgt la ketinggalan. p3-21a plak drl n led tail lights ada. safety dua2 pn ok (stkt nih bca review dua2 keta nih la), tip-top. nnt dlu la. nk test drive dua2 dlu.
teringat aku video yg mana bos volkswagen prof apa tah tgk keta nie kat motoshow. Siap bawak tape ukur lagik.
http://www.youtube.com/watch?v=YpPNVSQmR5c
ni bro..seriously..beli jer la satu dekat wolfsburg pastu study..malu aku klu kerja dgn VW…ker mamat tu being sarcatic jer??ahahah