ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita Automotif

Hyundai HND-9 beri bayangan pengganti Genesis Coupe

Views

Hyundai-HND-9-23

Laman web www.carscoops.com telah mengeluarkan gambar lakaran model konsep terbaru dari Hyundai yang dinamakan HND-9. Model konsep ini merupakan sebuah kereta sport 2 pintu dengan bukaan pintu ala sayap rama-rama, rekaan gril berbentuk heksagon dengan muncung yang aggresif. Model ini dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan & Pembangunan Hyundai Motor Group di Namyang, Korea.

Berkemungkinan model ini bakal diproduksikan untuk menggantikan model Genesis Coupe. Model ini akan dikuasakan oleh enjin petrol 3.3 liter V6 yang mempunyai pengecas turbo dan teknologi suntikan bahan api terus yang mampu menjana 370PS (365hp) dan dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan, pacuan roda belakang. Hyundai telah memilih untuk memperkenalkan model HND-9 di Seoul Motor Show walaupn pada masa yang sama juga berlangsung New York Auto Show 2013.

KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply