Cabaran Nissan Lightfoot Quest 2013 yang dianjurkan oleh Edaran Tan Chong Motor (ETCM) merupakan pengalaman yang menyeronokkan dan berfaedah . Peraduan ini sekali lagi membuktikan bahawa Nissan ALMERA adalah ekonomikal dan menjimatkan bahan api. Pertandingan itu telah diadakan pada 17 Mac 2013 dan terbuka secara eksklusif kepada para pemilik Nissan ALMERA serba baharu.
Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr. Ang Bon Beng berkata “ETCM berbesar hati untuk menganjurkan cabaran Nissan Lightfoot Quest 2013 kerana ia merupakan satu peluang terbaik untuk para pelanggan kami mempelajari teknik-teknik pemanduan yang betul bagi memperoleh penjimatan bahan api lebih tinggi daripada Nissan ALMERA mereka.”
Para peserta perlu memenuhkan tangki minyak dan menyerahkan kereta mereka, sebelum mengikuti satu taklimat ringkas mengenai peraturan dan garis panduan cabaran tersebut di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam, Selangor. Pemilik-pemilik Nissan ALMERA yang nampak begitu teruja kemudian memandu kereta masing-masing menuju ke sebuah stesen petrol di Gopeng, Perak. Di sana, tangki minyak kereta mereka dipenuhkan semula dan penggunaan bahan api dikira. Wakil-wakil daripada Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJ) turut berada di sana untuk memantau dan mengesahkan keputusan tersebut.
Penganjur kemudiannya berkongsi dengan peserta-peserta beberapa tips memandu yang boleh mengurangkan penggunaan bahan api kereta. Antara tipsnya ialah menekan pedal minyak dengan perlahan dan lancar pada momentum kelajuan yang sama, mengurangkan beban dalam kereta, mematikan enjin jika menunggu seseorang dan akhirnya, untuk memanaskan kereta, masa yang diambil hanya 30 saat.
Sebagai kehendak dalam peraduan ini, penghawa-dingin dihidupkan dan kawalannyanya dimeterai , tangki petrol and bonet depan juga dimeterai sehingga sampai ke destinasi penamat. Peserta-peserta akan dibatalkan sekiranya melanggar peraturan-peraturan yang disediakan. Pertandingan ini telah melibatkan 33 buah Nissan ALMERA dengan 66 orang peserta. Acara ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori pelanggan dan kategori media.
Pemenang utama untuk kategori pelanggan, Chen Khong Lung dan Lai Leh Mey terkejut dan gembira apabila diberitahu tentang kemenangan mereka sambil membawa pulang RM 5,000 dengan 27.2km/liter. Tempat kedua dimenangi oleh Rebecca Tan Cheng Ann dan Lee Beng Tan dengan membawa pulang RM 3,000 manakala tempat ketiga jatuh kepada Muhammad Izzuddin Ilias dan Mohd Faisal Kamarudin dengan hadiah duit RM 2,000.
Apabila bertanya pemenang utama tentang kemenangannya, mereka berkata,” Kami terkejut dengan betapa jimatnya bahan api dengan memandu Nissan ALMERA selepas melihat meter petrol. Kami risau dengan jangka masa yang diberikan untuk sampai ke destinasi sambil cuba mengekalkan kelajuan kereta dan memberi tumpuan kepada pemanduan lancar.”
Bagi kategori media pula, pemenang utama jatuh kepada Khong Yin Swan dan Ian Khong dengan 33.6km/liter.Nissan ALMERA dikenali bukan sahaja kerana penjimatan minyak yang mengagumkan, malah benar-benar menepati janjinya dengan menawarkan lebih lagi menerusi rekaan yang bergaya dan aerodinamik, teknologi premium serta ruang luas yang biasanya hanya ada pada kenderaan lebih premium.
Kategori Pelanggan
Position | Regn No | Name | Top Up Fuel (Lt) | KM/Lit |
1st | PKX 5509 | Chen Khong Lung | 6.623 | 27.2 |
Lai Lih Mey | ||||
2nd | WXV 1735 | Rebecca Tan Cheng Ann | 7.892 | 22.8 |
Lee Beng Tan | ||||
3rd | WXN 9787 | Muhammad Izzuddin Ilias | 8.03 | 22.4 |
Mohd Faisal Kamarudin |
Kategori Media
Position | Regn No | Name | Top Up Fuel (Lt) | KM/Lit |
1st | WXN 8330 | Khong Yin Swan | 5.358 | 33.6 |
Ian Khong | ||||
2nd | WXN 9380 | Durraini Sharom | 5.514 | 32.6 |
Albakry Salehuddin | ||||
3rd | WXN 9820 | Chin Shong Chian | 7.565 | 23.5 |
KOMEN TERKINI