Honda Malaysia membuka pusat jualan, servis, alat ganti dan bilik pameran (4S) yang ke sembilannya di Shah Alam dengan pelaburan berjumlah RM13 juta. Berkeluasan 3,026 meter persegi, pusat 4S tersebut terletak di Hicom Glenmarie Industrial Park turut menyediakan perkhidmatan “Body and Paint Centre” berteknologi mesra alam yang menggunakan air sebagai bahan asas utama.
Teknologi ini dapat menghasilkan ketepatan warna yang lebih baik, mengurangkan sisa toksik dan bau selain mengurangkan risiko kebakaran. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, “Honda setiasa meneroka teknologi baharu yang boleh mengurangkan pencemaran alam sekitar”.
Pusat HZN Cars juga merupakan pengedar yang pertama menggunakan identiti korporat baharu Honda yang diperkenalkan Februari lalu dengan rekaan, warna dan kemudahan tambahan untuk memastikan kepuasan pelanggan mereka.
Honda Malaysia mensasarkan jualan 60 ribu unit model keluarannya pada tahun ini yang bersamaan 9 peratus penguasan pasaran kenderaan selain menambah bilangan pengedarnya kepada 90 menjelang 2016. Buat masa ini Honda Malaysia mempunyai 64 pengedar dengan 52 daripadanya adalah pusat 3S, sembilan pusat 4S dan selebihnya adalah IS.
KLIK UNTUK BESARKAN IMEJ
KOMEN TERKINI