ARKIB

KATEGORI

Buletin

Lakaran terbaru model konsep KIA Soul

Views

1163009751092348871

Laman web kia-world.net telah memuat naik lakaran terbaru model konsep KIA Soul yang berinspirasikan off-road. Rekaan model ini telah diubah suai dibahagian bumper hadapan, bahagian sisi yang lebih sporty, rim yang lebih besar dan dibahagian bumbungnya terdapat roof rack. Model ini jika dikomersilkan nanti bakal bersaing sengit dengan Renault Captur, Ford Ecosport dan Opel Mokka, yang kini berada dipasaran.

Selain itu pencabar sebenarnya berkemungkinan adalah VW Taigun yang dijangka diperkenalkan pada 2016. Enjin 2.0-liter GDI yang terdapat pada model Soul 2014 untuk pasaran Amerika Syarikat dikatakan bakal menjadi nadi utama model crossover KIA Soul ini nanti.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply