ARKIB

KATEGORI

Buletin

Individu dari Qatar bakal labur RM1.6 trilion untuk projek Kereta Nasional Ketiga

Views

Bernama melaporkan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, hari ini mendedahkan, terdapat individu dari Qatar yang mahu melabur di dalam projek kereta nasional ketiga cetusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Walaupun tidak mendedahkan butiran secara terperinci, Khalid berkata, individu berkenaan menyatakan hasrat untuk melabur sebanyak US$400 bilion (RM1.6 trilion) di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Bagi Malaysia, individu berkenaan ingin melabur dalam projek kereta nasional ketiga. Khalid berkata, Tun Dr Mahathir telah berjumpa dengan Syeikh Qatari dari Qatar yang hendak melabur US$400 bilion di seluruh dunia dengan sebahagiannya di Malaysia. Tun Dr Mahathir juga memberitahu kepada beliau, Malaysia menawarkan kepakaran sekiranya mereka minat untuk melabur. Kabinet juga telah memutuskan, syarat untuk merealisasikan Kereta Nasional Ketiga tidak boleh menggunakan wang kerajaan kerana kerajaan tidak mempunyai dana.

JOM BACA >> INTIP : Tun Mahathir diberi taklimat mengenai Geely Emgrand GS – Bakal jadi model terbaharu Proton ke?

Tetapi jika ia menggunakan dana dari inisiatif swasta, kerajaan tiada masalah. Tambah Khalid lagi, apa salahnya jika Qatar hendak membuka kilang kereta di Malaysia menggunakan kepakaran Malaysia kerana duit tersebut adalah daripada mereka. Kerajaan tidak akan membantah cadangan tersebut sekiranya mereka boleh melaksanakannya. Lagipun lebih banyak peluang pekerjaan akan diwujudkan dan Malaysia juga mempunyai pengalaman.

Khalid yang juga Pengarah Komunikasi Amanah, berkata demikian pada ucapan penangguhan dan penggulungan pimpinan nasional pada Konvensyen Nasional Amanah 2018. Nampaknya perancangan Projek Kereta Nasional Ketiga sudah memasuki fasa seterusnya dan jika benar individu dari Qatar tersebut minat untuk melabur, sudah pasti ia akan mempercepatkan lagi proses pembangunan model pertamanya yang dijangka dilancarkan pada 2020.

Apa pendapat anda?

JOM BACA >> Iklan acah kedua SUV Perodua (D38L) – Bentuk jeriji mula kelihatan

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment

Leave a Reply