Sekali lagi Perodua menyakat Proton yang bakal melancarkan X70 malam ini dengan memuat naik satu lagi iklan acah SUV terbaharu mereka (namakod D38L) di laman web dan Facebook rasminya kira-kira sejam yang lalu. Iklan acah kali ini memaparkan beberapa ciri keselamatan yang ada pada SUV tujuh tempat duduk tersebut seperti Bantuan Keselamatan Termaju (A.S.A) versi 2.0 yang kini dilengkapi ciri Pengesan Pejalan Kaki dan enam beg udara.
JOM BACA >> Perodua mula tayang iklan acah SUV terbaharunya
Kelihatan juga rekaan bahagian hadapan SUV ini yang seiras dengan saudara kembar kepada Toyota Rush dan Daihatsu Terios dari segi bentuk lampu, yang berbeza hanya rekaan jeriji yang jelas kelihatan dalam iklan acah tersebut, namun di bahagian bamparnya masih lagi dikaburkan.
Kelmarin, iklan acah yang pertama SUV ini telah dimuat naik dan memaparkan susun atur tujuh tempat duduk yang fleksibel serta grafik berbentuk cop mohor yang mengesahkan model ini layak menerima subsidi petrol kerana ia dikuasakan oleh enjin berkapasiti 1.5 liter. Mungkin dalam sehari dua lagi kita akan dapat melihat iklan acah yang seterusnya, nantikan!
JOM BACA >> IKLAN : Hoi Keen Service IM3 Kuantan – Lepak sambil menunggu kereta diservis dalam suasana ‘kafe hipster’!
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI