ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

INFO : Plastik saduran krom

Views

Artikel oleh Wan Amir

Kali ini kami akan paparkan artikel mengenai proses industri pembuatan plastik saduran krom yang biasa digunakan oleh pengeluar kenderaan untuk menghasilkan bahagian yang berkilat. Kami telah mendapatkan kebenaran dari rakan kami, saudara Wan Amir untuk memuatnaik dan kongsikan artikel ini. Jom kita baca!

1. Apakah perbezaan plastik saduran krom (plastic chrome plating) dengan krom keras (hard chrome)?
Plastik saduran krom ialah bersifat kosmetik pada permukaan plastik seperti yang biasa kita lihat pada kenderaan, contohnya di jeriji hadapan, emblem logo, kemasan krom pada but belakang, pemegang pintu dan lain lain.

Krom keras (hard chrome) pula adalah proses rawatan permukaan pada permukaan logam bertujuan untuk menahan daripada haus (wear resistance), kalis kakisan (corrosion resistance) dan meningkatkan kekerasan permukaan (63-70 HRc). Selalunya ia akan digunakan untuk menghasilkan komponen mesin, mesin pengacuan suntikan setong skru (screw barrel), aci (shaft), bebola galas (ball bearing) dan lain lain.

2. Apakah perbezaan plastik saduran krom dengan metalizing vakum (vacuum metalizing)?
Plastik saduran krom melibatkan proses “Electro Deposition” menggunakan Nickel dan krom sebagai permukaan penyaduran. Manakala metalizing vakum menggunakan aluminium (ramai salah faham) sebagai unsur logam untuk melapisi permukaan plastik.

3. Apakah perbezaan plastik saduran krom dengan Cat Krom Nano (Nano Chrome Paint)?
Kata kuncinya adalah cat, jadi Cat Krom Nano bukanlah sebagaimana proses plastik saduran krom yang berasaskan “chrome electro deposition”, ia hanyalah sebahagian proses mengecat. Cat Krom Nano menggunakan primer/lapisan asas sebagai lekatan dalam menyediakan permukaan untuk proses mengecat krom.

Kesimpulan:
Proses krom yang asli hanyalah melalui proses saduran, samada plastik saduran krom ataupun krom keras. Yang lain menggunakan samada aluminium ataupun zink. Dari segi ketahanan, plastik saduran krom adalah proses yang digunakan dalam automotif terutama komponen yang terdedah secara terus kepada penggunaan lasak.

Di Malaysia hanya kilang Hicom Teck See dan Refine mempunyai fasiliti terbaik untuk menghasilkan plastik saduran krom. Kepada yang suka mengubahsuai kereta, komponen yang dah pernah dicat tidak lagi boleh dibuat mana mana proses krom, baik metalizing ataupun cat kerana ia tidak tahan lama, paling lama pun sekitar empat bulan sahaja dan ia akan terus terkupas.

Info penulis – Wan Amir merupakan sorang yang pakar dalam bidang pembuatan plastik dalam industri automotif dan pernah berkhidmat dengan vendor PHN Industry Sdn Bhd yang membekalkan komponen ke beberapa pengeluar kenderaan di Malaysia.

KLIK UNTUK BESARKAN

16700240_1147309972034513_7764342731528713936_o

 

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply