ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton lancar Iriz di Indonesia

Views

Baru baru ini Proton melalui anak syarikat milik penuhnya di Indonesia, PT Proton Edar Indonesia (PEI), memperkenalkan secara rasmi Proton Iriz di pusat beli-belah FX Sudirman, Senayan. Proton Iriz telah dipamerkan di pusat membeli-belah tersebut sejak 16 Februari 2017 akan terus dipamerkan sehingga 22 Februari 2017.

Acara telah dirasmikan oleh Datuk Ahmad Fuaad Kenali, Ketua Pegawai Eksekutif Proton dengan kehadiran Datuk Madani Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohd Khalid Yusof, Pengarah Transformasi dan Ketua Jualan Antarabangsa, Proton, Naim Abdul Rahman, Penasihat MATRADE di Kedutaan Malaysia di Indonesia dan Yanuarto Widihandono, Setiausaha Agung Institut Otomotif Indonesia.

Sesi pra-tonton dan pandu uji bersama media telah pun diadakan pada Khamis, 9 Februari 2017 di Sentul, Bogor. Indonesia merupakan negara kedua di luar Malaysia selepas Brunei untuk mengimport Proton Iriz. Terdapat dua varian berbeza untuk pasaran Indonesia iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masingnya berharga IDR 175, 250,000 dan IDR 185,283,000.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Ahmad Fuaad Kenali berkata Proton Iriz agak lengkap dengan segi ciri-ciri keselamatan, malah ia juga merupakan satu-satunya hatchback kompak dalam segmen City Car di bawah IDR350 juta yang dilengkapi Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) dan turut mendapat penarafan 5 bintang daripada ASEAN NCAP.

Indonesia merupakan pasaran yang penting untuk Proton yang bukan sahaja dapat mengekalkan hubungan teguh G2G sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN. PEI mempunyai sejumlah 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia. Dari segi perkhidmatan selepas jualan, kami mempunyai 24 cawangan pusat servis di lokasi-lokasi strategik sekitar Pulau Jawa, Kalimantan, Sumatera dan Sulawesi, dan 8 buah cawangan terletak sekitar daerah Jabodatek.

Sejak kemunculannya di FX Mall pada 16 Februari 2017, orang ramai telah mengambil kesempatan untuk memandu uji unit-unit yang disediakan sehingga 22 Februari 2017. Para pelanggan yang telah memandu uji Proton Iriz semasa kempen pengenalannya di pusat beli belah ini berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah menarik termasuk 2 x Hadiah Utama percutian yang ditanggung sepenuhnya selama 4 hari 3 malam bersama penginapan untuk 2 orang ke Malaysia dan hadiah tunai bernilai IDR1.5 juta (RM500).

Tempahan Iriz telah dibuka sejak 16 Februari 2017, bermula dari 10 pagi ke 10 malam setiap hari di pusat membeli-belah FX Mall sehingga 22 Februari 2017. Proton Iriz ditawarkan dalam tujuh pilihan warna menarik, Cotton White, Midnight Black, Sterling Silver, Atlantic Blue, Graphite Grey, Citrus Green and Fire Red.

KLIK UNTUK BESARKAN

Photo 2(2) Photo 3(1) Photo 5(1)

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

3 Comments


  • Semoga berjaya Proton Iriz.. Nak berjaya, Proton kena keluarkan kenderaan cekap tenaga (EEV) atau kereta mesra alam berkos rendah (LCGC) untuk pasaran indonesia. Di Thailand, platform exora boleh convert kepada trak pick up sebagai permulaan kepada model2 Proton yang seterusnya.. Cakap macam senang, tapi boleh cuba dulu..


    • Truck pickup yang menggunakan platform exora lebih sesuai untuk single cab pickup, wheelbase pendek. Platform perdana sesuai digunakan untuk pickup double cab truck, wheelbase lebih panjang Dan lebar.


  • Untuk berjaya di pasaran Indonesia, Proton perlu perkenalkan enjin besrsesaran kecil Dan berkuasa. Struktur cukai jalan di Indonesia menyebabkan kebanyakan rakyatnya terpaksa memilih Kenderaan berenjin kecil. Rasanya Iriz 1.0L turbo-GDI akan lebih mendapat sambutan di Indonesia.

Leave a Reply