ARTIKEL TERKINI

KOMEN TERKINI

ARKIB

KATEGORI

Video

Tags

Berita AutomotifSpyshots

INTIP : Adakah ini moped 150 Modenas?

Views

Modenas tahun ini nampaknya tak menang tangan untuk mempersiapkan jentera terbaharu mereka ke pasaran. Jika petang tadi kami mengeluarkan artikel mengenai foto intipan Modenas Bajaj Dominar 400, kali ini model moped yang paling dinanti-nantikan oleh peminat motosikal tempatan, moped 150 Modenas mula turun ke jalanan untuk diuji. Inilah model yang bakal menjadi jawapan kepada Yamaha Y15ZR, Honda RS150R dan Benelli RSF 150i nanti.

BACA >> INTIP : Modenas uji motosikal 400cc?

Unit prototaip ujian moped 150 Modenas ini telah berjaya dikesan oleh Bro Naim ketika sedang mengisi minyak di stesen Petronas, sekitar Changlun, Kedah. Kami difahamkan enjin moped 150cc ini dibangunkan sendiri oleh sekumpulan jurutera Modenas yang telah berkelana hampir 3 tahun di Universiti Graz, Austria. Sebelum ini kedengaran desas-desus moped 150 ini tidak akan masuk ke pasaran, namun foto risikan ini menjadi saksi yang Modenas tidak pernah berniat untuk menghentikan pembangunannya.

Apa pun kita nantikan info dan foto intipan yang seterusnya selepas ini. Kami yakin ramai yang dah putus harapan setelah mendengar khabar angin model ini dibatalkan akan mula teruja dan tidak sabar menanti kemunculannya kan?

Yang belum menonton ENGEAR : Episod ke-5 Modenas Pulsar NS200, anda boleh tonton video di bawah ini

Modenas Pulsar NS200 - Motor Kamen Rider : ENGEAR Review EP5

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply