ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Geely uji SUV segmen-B

Views

Kelibat sebuah SUV bersaiz kompak yang penuh dengan pelekat penyamaran telah berjaya dikesan di China. Model dengan kodnama SX11 itu dibangunkan dari pelantar terbaharu BMA (B-segment Modular Architecture) hasil usahasama dengan Volvo. Pelantar itu juga akan turut dikongsi bersama dengan model terbaharu dari Lynk&Co dan Volvo, mungkin juga Proton untuk pasaran pemanduan sebelah kanan di Asia Tenggara.

Geely SX11 bakal dilancarkan secara rasmi ke pasaran China pada penghujung 2018. Ia bakal menampilkan rekaan yang sporty dengan lima-tempat duduk dan bakal menerima beberapa pilihan penjana kuasa seperti 1.5 liter turbo, 1.8 liter turbo, dan hibrid. Rekaan dalamannya juga nampak moden, ringkas dan disusun atur dengan begitu kemas walaupun rupa sebenarnya masih lagi disembunyikan.

Adakah ia bakal menjadi calon SUV kedua Proton selepas Boyue? Kita nantikan!

Foto dari CarNewsChina.com dan Bitauto.com.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply