ARKIB

KATEGORI

Buletin

SISMA Auto kini pengedar sah Volvo

Views

Minggu lalu, SISMA Auto mengumumkan bahawa mereka telah dilantik sebagai pengedar sah Volvo di Malaysia. Menurut Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Lennart Stegland, SISMA Auto mempunyai rekod yang cemerlang dalam menguruskan jenama mewah dan dapat memenuhi permintaan yang kian meningkat terhadap jenama tersebut.

Selaras dengan peningkatan yang pesat dalam jaringan pengedar Volvo Car Malaysia di bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia, SISMA Auto akan mengubah bilik pamerannya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang menjadi bilik pameran Volvo dan bakal dibuka pada Oktober tahun ini. Dengan adanya bilik pameran ini, ia bakal menawarkan Perkhidmatan Concierge SISMA Auto, yang memberikan perkhidmatan pengambilan dan penghantaran kenderaan secara eksklusif dari rumah atau pejabat.

Pusat servis Volvo di luar tapak SISMA Auto juga akan menawarkan rangkaian perkhidmatan selepas jualan yang lengkap. Sempena pembukaannya, pelanggan yang membeli kereta Volvo baru daripada SISMA Auto berpeluang memenangi lawatan ke Sweden dengan semua perbelanjaan ditanggung.

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata syarikat tersebut amat teruja untuk mengalu-alukan satu lagi jenama kereta Continental premium. Syarikat itu juga tetap komited untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia dalam jangka masa panjang. SISMA Auto akan terus menjalankan operasi cawangan Jaguar Land Rover syarikat itu di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan setianya

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply