Kelibat unit ujian sebuah skuter maxi premium berwarna hitam berjaya dirakam oleh individu bernama Razali Ismail dan dimuatnaik ke akaun Facebook rakan media kami di Mekanika Malaysia pada 16 Disember lalu.
Menurut Mekanika, skuter maxi yang sedang diuji itu merupakan Kymco DTX250 dan ia berkemungkinan besar akan dijenamakan semula sebagai model terbaharu Modenas.
JOM BACA >> INTIP: Lagi penampakan Proton S50/S70 (SS11) tanpa pelitup penyamaran
MotoMalaya pula melaporkan, Kymco DTX250 dan AK550 telah dipertontonkan secara eksklusif kepada beberapa pemilik Modenas Elegan 250EX dari Lembah Klang yang membuat lawatan ke kilang Modenas di Gurun, Kedah beberapa bulan lalu.
Kymco DTX250 menampilkan reka bentuk yang diinspirasikan daripada DTX360 yang dijual di pasaran Eropah. Di China, ia dikenali dengan nama Kymco S250.
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) varian Flagship X jalani penggambaran iklan, emblem tertera nama S70?
Ia telah dilancarkan ke pasaran global pada pertengahan tahun 2022 dan dilengkapi dengan beberapa ciri moden termasuk lampu LED penuh dengan lampu siang (DRL), penghadang angin rekaan tinggi, panel meter LCD digital, tangki bahan api 13-liter, kawalan cengkaman dan brek anti-kunci (ABS).
Skuter ini dijana oleh enjin silinder tunggal 250cc empat-injap yang menghasilkan 23 kuasa kuda pada 7,200rpm dan 23.6Nm daya kilas pada 6,000rpm. Ia mampu memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 5 saat dengan kelajuan maksima sekitar 120km/j.
Setakat ini tiada informasi terbaharu mengenainya, dan kami menjangkakan ia bakal menjengah ke pasaran tempatan pada tahun 2024. Nantikan!
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Razali Ismail dan Mekanika Malaysia
Kymco DTX250
JOM BACA >> INTIP: Proton S50 (SS11) ke tu, nak ke mana agaknya ye?
JOM BACA >> Mekanik tempatan ‘bikin’ Proton Wira jadi kereta Batman, kos cecah lebih RM100k
JOM BACA >> Lelaki ini menyesal beli kereta Honda selepas tuntutan waranti beberapa kali ditolak
JOM BACA >> Gambaran awal Perodua D66B berdasarkan lakaran yang tertiris di media sosial
JOM BACA >> Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk
KOMEN TERKINI