ARKIB

KATEGORI

Buletin

Proton X90 dipertontonkan – Enjin hibrid ringan, empat varian, pilihan konfigurasi 6 atau 7 tempat duduk

Berita Tempatan

Views

Akhirnya, Proton secara rasminya mengumumkan ketibaan SUV tiga baris tempat duduk yang paling dinanti-nantikan, Proton X90. Model kenderaan elektrik hibrid ringan ini telah dipertontonkan kepada media Malaysia hari ini di studio rekaan Proton di Shah Alam.

Pengenalan model ini menandakan kemasukan jenama tersebut ke dalam pasaran Kenderaan Tenaga Baharu (NEV). X90 merupakan model SUV ketiga Proton hasil usaha sama dengan Geely, selepas X70 dan X50.

Ia telah memulakan fasa pengeluaran besar-besaran di kilang Proton di Tanjung Malim. Tersedia dalam empat varian, Standard hingga Flagship, SUV terbesar Proton ini ditawarkan dengan pilihan konfigurasi tujuh atau enam tempat duduk dengan kerusi individu untuk baris kedua.

JOM BACA >> Terkejut jadi mangsa kemalangan, seekor kuda berlari ke tengah LPT2

Ia menampilkan rekaan badan yang ‘berotot’ bagi menonjolkan evolusi terbaru ke arah identiti reka bentuk premium. Rekaan jejalur busur atau “Ethereal Bow” telah diolah semula agar selari dengan lampu hadapan, sekali gus menyerlahkan aura premiumnya.

Kemasan corak “Infinite Weave” pada jerijinya kini tampil dengan bentuk berlian yang diilhamkan daripada motif corak songket. DNA reka bentuk evolusi ini turut diinspirasikan oleh kepakaran seni serta warisan budaya Malaysia.

X90 dikuasakan oleh enjin 1.5L TGDi bersama dengan Sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V yang merangkumi enam komponen utama, termasuklah motor Belt-Starter Generator (BSG) 48V, Penukar DCDC, Bateri Litium-Ion 48V, Sistem Pengurusan Bateri, Sistem Brek Pemulihan dan Sistem Kawalan Modul Hibrid.

JOM BACA >> X90 (VX11) bakal jadi model NEV pertama Proton – Sah akan ada varian ‘mild’ hibrid!

Enjin 1.5L TGDi menghasilkan output 190PS dan 300Nm daya kilas, manakala EMS 48V pula membekalkan kuasa tambahan sebanyak 13PS dan 45Nm daya kilas. Rangkaian kuasa ini disambungkan pula kepada transmisi 7-kelajuan DwiCekam (7-DCT).

Dari aspek keselamatan, X90 didatangkan dengan beberapa ciri Bantuan Pemandu baharu seperti Amaran Lintasan Trafik Di Belakang (RCTA), Amaran Rempuhan Belakang (RCW- bukan Che Ta ye..) dan Maklumat Papan Tanda Lalu Lintas (TSI).

Ciri-ciri baharu ini buat pertama kalinya diperkenalkan dalam barisan kenderaan keluaran Proton. Model SUV ini juga dilengkapi dengan paparan meter digital LCD bersaiz 10-inci, manakala varian mercu atau flagshipnya turut menampilkan paparan unit inforia paling besar dan canggih, bersaiz 12.3-inci dengan yang dikuasakan cip pemproses EO2.

Orang ramai yang berminat, berpeluang untuk melihatnya secara dekat semasa siri jerayawara di enam bandar terpilih bermula pada 8 April 2023. Di sana, mereka berpeluang untuk melihat sendiri kenderaan tersebut dan ciri-cirinya, di samping membuat tempahan yang akan dibuka dalam masa yang terdekat.

KLIK UNTUK BESARKAN

JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Honda WR-V generasi baharu mula turun beraksi
JOM BACA >> Gambaran awal Proton X90 (VX11) warna Deep Marine Blue versi The Ajerul
JOM BACA >> Gambaran secara digital Perodua Axia 2023 (D74A), nampak macam “King” tapi bukan dia…
JOM BACA >> Theophilus Chin beri bayangan awal Perodua Myvi generasi keempat, guna asas Toyota Vios baharu
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian Proton X90 (VX11) singgah di Kuantan!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply