Semalam rakan kami Azad Jasmi telah berjaya mengesan kelibat dua model Peugeot 3008 PureTech yang sedang diparkir berhampiran kawasan awam. Dikatakan Peugeot 3008 PureTech dengan pemanduan sebelah kiri itu sedang diuji sekitar kawasan Kuala Kangsar. SUV ini dijana oleh enjin petrol turbo empat silinder berkapasiti 1598cc yang berkuasa 163HP pada 6000rpm ini digandingkan dengan transmisi enam kelajuan automatik.
Buat masa ini kami masih belum mendapat maklumat bilakah model ini bakal diperkenalkan secara rasmi ke pasaran Malaysia. Memang cantik rekaan Peugeot 3008 PureTech ni kan? Kalau harga jualannya menarik, kami rasa ia akan dapat dijual dengan jumlah unit yang banyak, tunggu kemunculannya.
KLIK UNTUK BESARKAN
KOMEN TERKINI