ARKIB

KATEGORI

Buletin

419 unit Honda Civic Type R keluaran 2008 dan 2010 dipanggil balik

Views

Kami mungkin terlepas pandang pengumuman yang dibuat Honda Malaysia bulan lalu yang memanggil balik 419 unit model Civic Type R untuk menggantikan inflator beg udara hadapan Takata. Model yang terlibat adalah Civic Type R keluaran tahun 2008 dan 2010. Pemilik yang terjejas akan dimaklumkan melalui surat pemberitahuan dan mereka yang menerima notis itu perlu segera membawa surat dan kenderaan mereka ke pengedar sah Honda yang berhampiran untuk membuat pemeriksaan dan penggantian.

Surat tersebut akan dihantar dan kerja-kerja penggantian akan dilakukan sekiranya ada stok alat ganti dan kos penggantian serta upah akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia. Selain itu pemilik kenderaan boleh menyemak status panggilan balik mereka dengan :

  • Melayari laman sesawang www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my
  • Menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020
  • Mengunjungi Pusat Servis Honda Bertauliah yang berhampiran
  • Mengunjungi stesen minyak Petronas yang terpilih
  • Mengunjungi Hab Bergerak di pusat membeli-belah yang terpilih

Pemilik Honda yang terlibat dalam proses penggantian inflator beg udara hadapan Takata juga boleh berbuat demikian dari mana-mana 86 buah Pusat Servis Honda Bertauliah di seluruh negara sehingga penghujung Mei 2017.

1. Hab di stesen PETRONAS
Tiga (3) lagi venue tambahan iaitu di stesen PETRONAS Stations, Mentakab, Batu Caves dan Kampar. Ia dibuka setiap hari kecuali pada cuti umum. Tambahan tiga lagi hab menjadikannya keseluruhan 7 hab.

2. Hab Bergerak di pusat membeli-belah
Operasi Mobile Hab Bergerak di pusat membeli-belah yang terpilih di wilayah Tengah, Pantai Timur dan Utara telah dilanjutkan sehingga Mei 2017.

3. Pasukan Bergerak Rumah ke rumah
Pasukan ini terdiri daripada staf Honda terlatih yang terus mengunjungi rumah pelanggan untuk menggantikan inflator beg udara jika perlu. Mereka akan mengenakan pakaian seragam Honda dan membawa surat kebenaran dan pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 untuk mendapatkan pengesahan lebih lanjut apabila dikunjungi oleh pasukan ini.

Dalam perkembangan berasingan, Honda Malaysia juga berkerjasama rapat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendekati pemilik yang terjejas dengan isu inflator beg udara Takata. Setakat 7 Mei 2017, stok 100 peratus tersedia untuk inflator beg udara bahagian pemandu Takata manakala untuk bahagian penumpang hadapan pula 90.5 peratus. Nisbah penggantian kini 79 peratus dan Honda Malaysia mengucapkan terima kasih atas komitmen dan usaha bersama antara pengedar, pihak berkuasa dan pemilik yang prihatin untuk sama-sama menjayakan program ini.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply