ARKIB

KATEGORI

BuletinSpyshots

INTIP : Proton uji Saga versi SE?

Views

Artikel pertama kami untuk 2017! Pada 31 Disember 2016, Mohamad Farhan telah terserempak dengan kelibat sebuah unit ujian Saga dengan kit badan penuh yang dilitupi dengan pelekat penyamaran. Lokasi penemuan model tersebut tidak dinyatakan, namun ada kemungkinan ia berhampiran susur keluar ke Saujana Putra. Adakah Proton bakal mengeluarkan Saga versi SE (Special Edition) pada suku pertama tahun ini?

Mungkin jika model ini diperkenalkan nanti elok sangatlah kalau Proton menambah beberapa ciri tambahan seperti butang penghidup enjin, skrin sentuh multimedia, lampu depan digelapkan (smoked) dan kemasan kulit pada tempat duduk dan panel pintu supaya model ini nampak lebih ekslusif. Harga jangan la naikkan tinggi sangat, kalau murah sikit dari Perodua Bezza Advanced dah memadai kan? Kita tunggu kemunculannya!

KLIK UNTUK BESARKAN

saga-bodykit-test-1 saga-bodykit-test-2 saga-bodykit-test-3 saga-bodykit-test-4

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

6 Comments


  • Versi SE atau pun Varian SP. Mungkin Varian Premium Plus, apa sajalah. Adakah mungkin menggunakan nadi baru 1.0L t-gdi, atau mungkin 1.2L t-gdi, rasanya 1.3L t-gdi lebih lebih premium Dan sangat berkuasa(overpowered) untuk kereta segment-A.

    Mungkin menggunakan enjin baru eev yang menepati piawaian EURO6, atau kekal menggunakan enjin sedia ada. Khabarnya enjin baru 1.0L Dan 1.2L yang sedang dibangunkan menggunakan tidak sampai 3L petrol setiap 100km dengan kelajuan purata 90km/h. Nice


    • Angka tu hanya tercapai sekiranya proton berjaya mengurangkan berat badan kenderaan buatan Proton. Rasanya 1.0L untuk A segment compact. 1.2L untuk A segment sedan & B segment compact dan seterusnya…
      Jadi setakat ini ada pandu uji untuk exora, saga dan persona. Harap2 sgt exora 8 tempat duduk 1.5 TGDi dalam tahun ni.


    • Enjin 1.0L tiga silinder berkuasa tidak lebih 70ps/95nm. Ditala bagi mencapai penggunaan bahan api yang sangat baik.

      Manakala enjin 1.2L tiga silinder berkuasa tidak lebih 80ps/100nm. Talaan yang tidak mengujakan bagi mencapai tujuan penjimatan bahan api yang menakjubkan.

      Enjin tersesbut hanya sesuai digunakan oleh city-car atau segment-A yang beratnya di bawah 1001kg.

      Tidak sesuai untuk segment-B, contoh Iriz, Persona, Ertiga kerana kurang kuasa(underpowered). Kecuali dengan induksi paksaan yang akan meningkatkan kuasa enjin.


  • salam..
    bior petik tidak sampai 3L petrol boleh pegi 100km dengan kelajuan purata 90km/h..
    banyak jimat tu…semoga menjadi realiti yang sahih..


  • Mungkin hanya bodykit yang ditawarkan untuk varian executive & Premium sahaja dengan harga 1k+.. Model Saga FL akan diperkenalkan pada 2018 menggunakan enjin 1.0L & 1.2L 3 silinder beserta ESC yang diwajibkan untuk semua varian..


  • Model Saga sememangnya kurus dan tinggi, tetapi rekabentuk belakangnya agak menarik.. Rekaan lampu belakang kombi dan boot yang sedikit menurun menghilangkan rupa bentuk kurus dan tinggi.. Yang paling utama menghilangkan rekabentuk boot tonggek.. Ruang roda yang sedikit besar juga boleh memuatkan roda bersaiz 195/40 rim 17x7jj..

Leave a Reply