Artikel pertama tadi masih lagi panas dan yang kedua ini bakal menghangatkan lagi tahun 2017. Sebuah Proton Persona dan dua buah Volkswagen Polo yang menggunakan plet perdagangan telah berjaya dikesan oleh King Faisal (mujur bukan King Coco) di Melaka. Menurut maklumat yang diperolehi, dalam Proton Persona tersebut kelihatan empat orang lelaki berketurunan Cina yang lengkap dengan peralatan komputer. Mungkin untuk menganalisis data dan sebagainya.
Kami syak empat orang lelaki tersebut ada kemungkinan sekumpulan jurutera dari Proton atau Jatco yang kini sedang membuat penilaian transmisi CVT baharu. Kami dikhabarkan ada seunit model ujian yang dilengkapi dengan enjin GDI dan CVT dari JATCO telah dihantar ke Jepun untuk dinilai. Nampak gayanya awal tahun baharu ini ada berita yang menarik tentang Proton, mesti ramai yang teruja kan?
KLIK UNTUK BESARKAN
uji uji tapi kalau ada problem solvekan le…jangan sibuk uji uji pastu problem buat donno..
Hoh, orang Cina ka orang jepun? Persona tengah uji nadi 1.2L t-gdi nak menandingi Vento & Polo 1.2L Tsi
komen komen tapi kalau ada viral finah solvekan le…jangan sibuk komen komen pastu viral fitnah buat donno..
x kemana pun …
Rim design dia lain la..Cina yang pegang komputer tu mungkin company China yang apasang Persona dengan Gen 2 kat China tu ke, Youngman.