ARKIB

KATEGORI

Buletin

INTIP : SUV pertama Proton diuji pada sebelah malam

Views

Proton kini semakin rancak menguji bakal SUV pertama mereka yang dibangunkan dari model Geely Boyue. Tak kira siang dan malam, para jurutera dan penguji model baharu ini gigih menguji kenderaan tersebut dan unit ujian model ini telah berjaya dikesan baru-baru ini di sekitar Shah Alam. Foto intipan tersebut berjaya dirakam oleh Hisham Shamil beberapa hari yang lalu.

Tidak dipastikan sama ada model yang diuji ini masih lagi dengan pemanduan sebelah kiri atau unit pemanduan sebelah kanan. Menurut maklumat dari beberapa orang eksekutif jualan Proton, SUV ini bakal dilancarkan pada bulan Oktober nanti dan unit pertama akan didatangkan dari China secara CBU. Model ini akan mula dipasang secara tempatan di Tanjung Malim pada awal tahun hadapan.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

2 Comments

Leave a Reply