ARKIB

KATEGORI

Buletin

BMW Oil Inclusive Programme kini ditawarkan secara ansuran bulanan untuk pemegang kad Maybank

Views

BMW Group Malaysia kini menawarkan BMW Oil Inclusive Programme menerusi pelan Pembiayaan Ansuran Maybank. Pemegang kad Maybank kini boleh membuat bayaran secara ansuran selama 6 hingga 12 bulan melalui cara Ezypay dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500.00. Pelan ini juga boleh digunakan untuk semua transaksi selepas jualan termasuklah servis kenderaan, lanjutan jaminan dan pakej servis, pembaikan, badan dan cat, alat ganti dan aksesori serta barangan gaya hidup.

BMW Oil Inclusive Programme membolehkan pemilik BMW melanjutkan servis kenderaan mereka dalam tempoh tahun atau perbatuan tertentu pada harga yang kompetitif bersama pilihan 5 Tahun / 60,000km atau 5 Tahun / 100,000km. Sebagai contoh, sebuah BMW 1 Series yang didaftarkan pada tahun 2013 yang kini sudah tamat program servis dan jaminan dengan perbatuan sekarang ialah 70,000km.

Dengan mendapatkan BMW Oil Inclusive Programme 5 Tahun / 100,000km, ia akan membolehkan pemilik terus menikmati program Servis Berjadual Percuma untuk BMW 1 Series tersebut sehingga tahun 2023 atau 170,000km, mana-mana tiba dahulu. Jadual di bawah menunjukkan anggaran kos bagi setiap servis mengikut model*. Ia dikira berdasarkan kepada purata selang servis sejauh 10,000km, mungkin berbeza mengikut tarikh pengeluaran kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya.

Masa / Perbatuan (tahun – km)5 tahun / 60,000 km5 tahun / 100,000 km
BMW 1 & BMW 2 SeriesRM 494RM 342
BMW M2RM 812RM 548
BMW 3 & BMW 4 SeriesRM 519RM 362
BMW M3 & BMW M4RM 812RM 548
BMW 5 SeriesRM 544RM 377
BMW M5RM 1097RM 744
BMW 6 & BMW 7 SeriesRM 645RM 447
BMW M6RM 1097RM 744
BMW X1RM 503RM 347
BMW X3 & BMW X4RM 519RM 362
BMW X5 & BMW X6RM 595RM 412
BMW X5M & BMW X6MRM 1080RM 734
BMW Z4RM 511RM 352
BMW I8RM 503RM 347

Dengan BMW Oil Inclusive Programme, pemilik boleh menikmati harga tetap untuk 5 tahun akan datang dan ketenangan minda kerana kenderaan mereka akan diselenggara oleh Juruteknik Bertauliah BMW dengan pengetahuan, teknologi serta peralatan terkini. Program ini merangkumi Minyak Tulen BMW (Sintetik Penuh), Penapis Minyak BMW dan kos buruh.

Ia ditawarkan ke atas kenderaan BMW yang tidak lagi mempunyai pakej BMW yang aktif, atau Jaminan dan Pakej Servis BMW sudah tamat, selang servis kenderaan ini merupakan Servis Berdasarkan Kepada Kondisi dengan purata selang servis 10,000km. Ia bagaimanapun mungkin berbeza mengikut tarikh pengilangan kenderaan dan corak pemanduan pemiliknya. Untuk maklumat lanjut dan ingin membeli BMW Oil Inclusive Programme baharu, kunjungi mana-mana pengedar sah BMW kegemaran anda sekarang.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply