Foto kemasan panel pintu belakang pada unit ujian Perodua QV-E berjaya dirakam oleh salah seorang pengikut Facebook paultan.org Automotive/Car Discussion Group, bernama Afiq Roslan, siang tadi.
Menurutnya, unit ujian Perodua QV-E dengan pelitup penyamaran baharu itu dikesan di stesen Petronas, Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur.
Selain kemasan panel pintu belakang, kita juga dapat melihat profil sisi rekaan fastback crossover ini yang menampilkan saiz tingkap belakang lebih kecil.
Pemegang pintu juga kelihatan pada penjuru atas cermin belakang dan rekaan ini diinspirasikan dari model SUV lain seperti Toyota C-HR dan Honda HR-V.
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian supermoped Modenas GT150 mula turun ke jalanan!
Setakat yang kami tahu, Perodua QV-E bakal dilengkapi dengan:
- Pek bateri litium besi fosfat (LFP) akan dibekalkan oleh Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL).
- Bateri LFP ini memberikan jarak pandu sekitar 400 km hingga 410 km untuk cas penuh.
- Pecutan dari 0 hingga 100 km/j pula antara 6 dan 7 saat.
- Kelajuan maksimum mencecah 165 km/j.
EV pertama Perodua ini akan dijual pada harga bermula dari RM80,000, dengan baterinya akan menggunakan konsep pajakan atau Battery-as-a-Service (BaaS).
Perodua juga dijangka menawarkan pilihan untuk pembelian EV ini bersama dengan bateri. Ia bakal dilancarkan secara rasmi pada suku keempat (Q4) 2025.
JOM BACA >> INFO: Ini apa yang anda perlu tahu mengenai EV pertama Perodua
Perodua QV-E akan dihasilkan di kilang baharu yang dikhususkan untuk EV di Rawang, dengan kapasiti pengeluaran permulaan sebanyak 500 unit sebulan. Fasa pra pengeluaran EV ini dijangka bermula pada September.
Permohonan tanda dagang nama dan logo QV-E pula telah didaftarkan oleh Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) di portal rasmi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), sejak 21 Mac 2025.

Tanda dagang nama QV-E diletakkan di bawah dua kategori yang berbeza, iaitu:
- Kelas 12 di bawah kategori kereta, automobil, motokar, transmisi, jenis penyambung pengecasan kenderaan elektrik, bateri kenderaan elektrik, motor elektrik untuk kenderaan elektrik dan lain-lain
- Kelas 37 di bawah kategori stesen servis kenderaan, perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan, stesen mengecas kenderaan elektrik, pengecas rumah kenderaan elektrik, pengecas mudah alih kenderaan elektrik dan lain-lain.
Tanda dagang ini turut disertakan dengan rekaan logo QV-E menampilkan kombinasi warna perak dan biru. Warna biru sememangnya cukup sinonim dengan kenderaan tenaga baharu (NEV) dengan penggunaan fon yang moden dan futuristik.
KLIK UNTUK BESARKAN
Foto kredit Afiq Roslan
JOM BACA >> MAS2025: Proton e.MAS 5 buat penampilan umum pertama – Bakal dilancar pada Q4 2025
JOM BACA >> INTIP: Unit ujian versi pengeluaran Perodua eMO-II berjaya dirakam dalam jarak dekat
JOM BACA >> INTIP: Proton Saga MC3@AMA01 naik Cameron
JOM BACA >> INTIP: Proton ‘semakin rancak’ menguji X50 FL (facelift) dan Saga MC3@AMA01!
JOM BACA >> Proton bakal lancar sekurang-kurangnya empat model pada 2025 – Ini yang kami tahu…
KOMEN TERKINI