ARKIB

KATEGORI

Buletin

ISUZU D-MAX single cab serba baharu diperkenalkan!

Views

DSC_0362

Isuzu D-Max Single Cab generasi kedua serba baharu telah tiba! Banyak penambahbaikan telah dibuat dari segi bentuk dan fungsinya, untuk menjadikan trak pikap ini sebagai yang terbaik dalam kelasnya. Bagi mengekalkan daya penariknya di kalangan usahawan dan menjadi peneraju dalam segmen trak pikap kabin tunggal, Isuzu D-Max Single Cab serba baharu kini hadir dengan tambahan varian 4X2. Ruang kargo model ini boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan setiap pelanggannya.

Rangkaian baru D-Max Single Cab menyertai barisan model baharu yang diperkenalkan oleh Isuzu Malaysia pada tahun ini seperti D-Max Double Cab serba baharu. Rangkaian baharu trak tugas ringan, sederhana dan berat juga dilancarkan sebagai sebahagian daripada matlamat syarikat untuk memenuhi pemintaan yang kian meningkat terhadap kenderaan yang tahan lasak dan cekap.

“Para pelanggan kami mahukan varian-varian tertentu untuk memenuhi keperluan logistik mereka. Jadi, kami perlu menambah varian kenderaan kami dalam usaha menawarkan pelanggan dengan produk yang tepat untuk menangani masalah kenaikan kos komoditi,” kata Ketua Pegawai Operasi Isuzu Malaysia, Daisuke Ishida.

“Dengan ciri yang telah ditambah baik, rekaan menarik dan kualiti binaan terbaik, saya yakin bahawa Isuzu D-Max Single Cab serba baharu mampu melangkau ekspektasi dan keperluan para pengguna trak pikap dari segi prestasi mengangkut beban. Sementara nilai luar biasa yang ditawarkannya pasti memberi nilai tambah kepada organisasi mereka,” tambah Ishida.

Isuzu D-Max Single Cab bermula dengan varian 4×2. Varian ini menawarkan fleksibiliti kepada pengguna untuk mengubah suai ruang kargo berdasarkan kepada keperluan mereka. Ini termasuklah pilihan seperti luton, kotak atau cargo bed rata yang dibina menggunakan kayu atau besi. Pilihan-pilihan lain turut disediakan dan boleh diperolehi selepas mendapatkan khidmat nasihat daripada perunding jualan Isuzu.

ISUZU DMAX_SC_4x4_PaddyField_KV

Dikuasakan oleh enjin 4JA1-L dengan sistem pengecas turbo bersesaran 2.5 liter, 4×2 Single Cab baharu dijangka dapat menarik perhatian pengendali perniagaan yang mahukan sebuah kenderaan Isuzu yang boleh dipercayai. Pada masa yang sama menikmati penjimatan dari segi kos penyelenggaraan yang rendah dan tahan lasak.

Rangkaian tertinggi ialah versi 4×4 baharu yang rekaannya berdasarkan kepada model Double Cab terkini. Reka bentuknya yang aerodinamik menawarkan pelbagai praktikaliti seperti pengendalian dan cengkaman lebih baik berikutan rekaannya yang lebar. Ruang kabinnya juga lebih luas untuk keselesaan dan fleksibiliti. Varian 4×4 Single Cab baharu menawarkan ruang kabin paling selesa dalam kelasnya menerusi beberapa ciri baharu bagi memastikan ia selesa dan selamat.

Ruang kargonya adalah yang paling besar dalam kelasnya. Ia mampu mengangkut barang-barang yang besar seperti enam tong dram minyak dengan mudah. Dikuasakan oleh enjin 2.5 liter bersama Sistem Turbo Variable Geometry (VGS), 4×4 Single Cab baharu akan sekali lagi diiktiraf sebagai raja di jalan berbukit berikutan kemampuannya di laluan off-road, ruang kelegaan tanah terbaik dalam kelasnya dan butang pemilihan pacuan 4×4 yang diletakkan pada papan pemuka.

Isuzu D-Max Single Cab serba baharu kini boleh didapati di semua pusat pengedaran Isuzu di seluruh negara pada harga bermula RM60,411 untuk Semenanjung Malaysia, RM62,686 di Sabah dan RM62,590 di Sarawak (harga di atas jalan tanpa insurans) untuk model 4×2. Varian 4×4 pula ditawarkan pada harga RM72,331.20 seunit di Semenanjung Malaysia, RM74,140.80 di Sabah dan RM74,238.30 di Sarawak (harga di atas jalan tanpa insurans).

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

1 Comment


  • AmResearch said Proton saw a 25.6% month-on-month increase to 14,828 units in September, while Perodua saw a stronger 26.3% month-on-month increase to 17,507 unit sales.

    “The national makes gained significant market share from 53% in September 2012 to 59% in September 2013. Out of the key non-nationals, only Toyota saw an increase (13% increase month-on-month to 5,624 units).”

Leave a Reply