ARKIB

KATEGORI

Buletin

Promosi akhir tahun Chevrolet kini bermula!

Views

2012 all-new Chevrolet Colorado Crew Cab (Thailand version)

* Gambar sekadar hiasan

NAZA Quest Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Chevrolet di Malaysia, kini menawarkan promosi akhir tahun yang bakal memberikan bakal pemilik ‘Chevy’ pilihan faedah 0% untuk tahun pertama pembiayaan dan diikuti dengan faedah yang rendah antara 1.79% sehingga 2.22% untuk sepanjang tempoh pinjaman (berbeza mengikut kadar faedah bank yang mengambil bahagian).

Selain itu juga, Chevrolet Malaysia turut menawarkan 3 tahun percuma alat ganti dan kos buruh (tidak termasuk minyak pelincir)*. NAZA Quest turut memberi subsidi kadar faedah untuk setiap unit yang dibeli dan telah bekerjasama dengan Public Bank, Maybank dan bank-bank lain yang akan diumumkan kelak untuk memastikan para pelanggan mereka mendapat kadar faedah yang terendah serta lebih kompetitif.

Promosi ini sah untuk semua model semasa Chevrolet termasuklah Captiva, Cruze, Colorado, Sonic dan Orlando. Semua model ini juga didatangkan dengan jaminan 3 tahun/100,000km dan promosi ini sah sehingga 31 Disember 2013. Hubungi pengedar sah Chevrolet untuk maklumat lanjut. NAZA Quest bakal membuat siri jelajah ke beberapa tempat seluruh negara yang bermula di Queensbay Mall dari 30 Oktober hingga 3 November 2013 dan diikuti di cawangan Tesco terpilih di Ampang, Mutiara Damansara, Shah Alam, Ipoh, Pulau Pinang, Bukit Mertajam, Melaka dan Seremban.

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

7 Comments

Leave a Reply