ARKIB

KATEGORI

Buletin

Isuzu mu-X bakal buat kemunculan sulung di Borneo Safari 2016

Views

Buat pertama kalinya Isuzu mu-X bakal mengambil bahagian dalam Cabaran Offroad Antarabangsa Borneo Safari 2016 yang akan diadakan di Sabah dari 30 Oktober hingga 6 November 2016. Sebuah Isuzu mu-X `Monster’ yang telah diubah suai akan mengetuai tiga buah kenderaan trak pikap D-Max ‘Monster’ yang mewakili Isuzu Malaysia Sdn Bhd untuk meredah hutan belantara Sabah dalam acara 4X4 edisi ke-26 yang terbesar dan terkemuka di Asia.

Dalam ucapan penghargaannya kepada Isuzu kerana menjadi Penaja Berlian (Diamond Sponsor) dalam acara tersebut, Presiden Persatuan Pacuan Empat Roda Sabah Faez A Nordin berkata, “Kami berterima kasih kerana Isuzu masih terus menyokong acara ini selama 10 tahun berturut-turut. Sokongan kuat mereka adalah salah satu sebab utama kami dapat mengembangkan acara ini hingga tahap ini. Tahun ini mencatatkan jumlah penyertaan tertinggi dalam sejarah Borneo Safari, iaitu sebanyak 400 kenderaan dan jumlahnya semakin meningkat setiap tahun!”.

Borneo Safari tahun ini bakal menjadi cabaran yang paling sukar setakat ini kerana ia bakal menempuhi perjalanan di kaki Gunung Kinabalu menjangkaui daerah Ranau dan Kota Marudu, dengan laluan sukar sepanjang hampir 40 km yang terdiri daripada laluan balak yang sudah tidak digunakan dan merentasi beberapa batang sungai.

Pengubahsuaian yang dibuat ke atas Isuzu mu-X adalah terhad kepada bahagian luarannya sahaja. Enjin diesel 2.5-liter VGS turbo Intercooler yang dipadan transmisi automatik lima kelajuan dengan sequential shift masih kekal standard. Pengarah Eksekutif Isuzu Malaysia Sdn Bhd Hajime Machimura yakin dengan kebolehan Isuzu mu-X untuk menyerlah walaupun dalam laluan sukar dan cuaca yang berbahaya yang dijangka akan dihadapi semasa Borneo Safari 2016.

Katanya, “Walaupun ia merupakan SUV gaya hidup, Isuzu mu-X mempunyai DNA yang kukuh, sama seperti trak pikap Isuzu D-Max, yang telah berkali-kali membuktikan kemampuannya dalam setiap edisi Borneo Safari sejak ia diadakan buat kali pertama pada tahun 2005. Ia sememangnya bersedia untuk lebih banyak lagi cabaran,”.

KLIK UNTUK BESARKAN

sabah-four-wheel-drive-association-president-faez-a-nordin-5th-from-lef sabah-four-wheel-drive-association-president-faez-a-nordin-left-receiv the-isuzu-mu-x-monster-is-set-for-its-debut-in-borneo-safari-2016 the-isuzu-mu-x-monster-is-set-for-its-debut-in-borneo-safari-2016_2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply