ARKIB

KATEGORI

Buletin

Beli Hilux dan menangi sebuah Sienta baharu

Views

UMW Toyota Motor Sdn Bhd kini sedang mengadakan peraduan ‘Toyota Hilux Beli Dan Menang’ yang bermula sekarang sehingga 31 Disember 2016. Peraduan ini memberi peluang pelanggan individu yang membeli Toyota Hilux serba baharu untuk memenangi hadiah utama sebuah Toyota Sienta 1.5V yang bernilai RM99, 900. MPV kompak serba baharu tersebut telah dilancarkan pada Ogos lalu merupakan model tujuh tempat duduk yang pertama diasaskan daripada kereta penumpang.

Selain itu, tiga pelanggan bertuah yang lain akan turut berpeluang memenangi hadiah saguhati berupa perjalanan yang ditanggung sepenuhnya selama lima hari empat malam ke Tokyo, Jepun untuk dua orang.  Pelanggan yang memandu uji Toyota Hilux serba baharu juga bakal menerima barangan cenderahati Toyota secara percuma (sementara stok masih ada).

Hilux

Bukan itu sahaja untuk tempoh terhad, pelanggan yang membeli Toyota Hilux serba baharu juga bakal menikmati rebat tunai sehingga RM4, 000.  Promosi kini boleh didapati disemua cawangan UMW Toyota Motor dan juga pengedar sah seluruh negara, namun ia hanya untuk pembeli yang mendaftarkan kenderaan mereka untuk kegunaan peribadi di Semenanjung atau di Malaysia Timur sahaja.

Generasi baharu Hilux dikuasakan oleh siri enjin diesel berkapasiti 2.8-liter dan 2.4 liter yang memberikan daya kilasan lebih kuat pada putaran enjin rendah sekaligus memberikan respons yang lebih baik, kebolehpercayaan lebih hebat semasa dalam keadaan ekstrem dan penggunaaan bahan api yang lebih cekap. Kesemua enjin tersebut digandingkan bersama pilihan transmisi enam-kelajuan manual atau transimisi automatik yang dikawal secara elektronik.

Waranti selama lima tahun/150,000 km (yang mana terdahulu) turut diberikan dan boleh dipindah milik kepada pemilik yang baharu jika pembeli pertama berhasrat untuk menjualnya. Untuk maklumat lanjut layari laman sesawang www.toyota.com.my atau hubungi talian Bebas Tol TOYOTA : 1800-8-TOYOTA (869682).

KLIK UNTUK BESARKAN

leaflet-hilux-buy-win

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply