ARKIB

KATEGORI

BuletinInfo

Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sempena Merdeka dan Hari Raya Aidiladha dikeluarkan

Views

Sempena cuti sambutan Merdeka dan Hari Raya Aidiladha, ANIH Berhad mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan pulang ke Pantai Timur. Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Dato’ Nik Fauzi Tan Sri Nik Hussein berkata, TTA ini disediakan untuk membantu menyuraikan trafik dan mengurangkan kenderaan bertembung pada sesuatu masa yang sama di plaza tol, khususnya di Plaza Tol Gombak, Plaza Tol Bentong dan Plaza Tol Karak hingga menyebabkan kesesakan.

Pengguna dari Lembah Klang yang menuju ke Pahang pada 30 dan 31 Ogos 2017 disarankan untuk memilih sama ada memasuki KLK dan LPT 1 pada jam 12 tengah hari hingga 3 petang ATAU antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna yang ingin menuju ke Terengganu dan Kelantan pada tarikh yang sama pula boleh memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 11 pagi ATAU jam 5 petang hingga 8 malam.

Untuk kembali semula ke ibu kota pada 2 dan 3 September 2017, pengguna dari Pahang boleh memilih sama ada untuk memulakan perjalanan antara jam 6 pagi hingga 10 pagi ATAU antara 7 malam hingga 11 malam. Pengguna dari Terengganu pula disarankan untuk memasuki lebuh raya antara jam 10 pagi hingga 1 petang ATAU antara 8 malam hingga 10 malam, manakala pengguna dari Kelantan boleh menggunakan lebuh raya bermula jam 5 petang hingga 9 malam ATAU antara 9 malam hingga 12 tengah malam.

Jadual TTA boleh didapati melalui di laman web ANIH Berhad atau mengikuti Twitter @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur. Bagi memastikan perjalanan lancar dengan cara yang berhemah, pengguna dinasihatkan tidak menyalahgunakan lorong kecemasan dan sentiasa mengikuti perkembangan trafik terkini melalui saluran Twitter @LPTTrafik.

ANIH Berhad turut menyumbang lembu untuk dijadikan sebagai ibadah korban di Masjid Kg. Mempatih Lanchang, Temerloh dan di Masjid Jamek, Bandar Karak sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. Pelaksanaan ibadah korban ini bukan sahaja dituntut dalam Islam, malah ianya juga boleh merapatkan lagi ikatan persaudaraan dan memupuk persefahaman antara komuniti setempat dengan ANIH Berhad.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply