ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom ke Karnival Jualan Proton di MITC, Melaka hujung minggu ini!

Views

F8F89B6CAB9946CFBBC13C5E1691F976.ashx

Berita baik untuk orang Melaka! Karnival Jualan Proton bakal berlangsung hujung minggu ini bermula pada 17 hingga 19 Januari bertempat di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC). 80 unit kenderaan Proton pelbagai model termasuk Suprima S, Preve dan Satria Neo R3 tersedia untuk dipandu uji oleh para pengunjung. Proton akan menawarkan promosi jualan istimewa bagi model kenderaan Proton edisi terhad 2013 dengan diskaun yang cukup hebat.

Selain itu, diskaun sehingga 60% untuk alat ganti bagi model Proton terpilih seperti Waja, Savvy, Persona, Wira, Inspira dan Saga turut ditawarkan sepanjang karnival ini berlangsung. Yang paling menarik, ada antara alat ganti tersebut ditawarkan pada harga serendah RM1.00!

Pakej pembiayaan istimewa dengan kadar faedah rendah juga diberikan kepada pengunjung yang membuat tempahan. Aktiviti menarik yang bakal menanti para pengunjung sepanjang karnival tersebut termasuklah peluang memenangi pelbagai hadiah menarik, penampilan istimewa pemain bolasepak pasukan Melaka FC, persembahan artis tempatan Aida (AF9), Sabhi Saddi dan Kay (AF9) pertunjukan Gymkhana dan penampilan khas Karamjit Singh (Flying Sikh).

Aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pemeriksaan keselamatan kenderaan percuma dan racing simulator turut menjadi tarikan pengunjung ke karnival ini. Ayuh warga Melaka dan kawasan sekitarnya, jom beramai-ramai kita ke sana!

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

18 Comments


  • terbaca dlm paper Utusan arini…katanya ade “Majlis pelancaran Varian baru kete Proton” diKarnival Jualan Proton di MITC, Melaka hujung minggu ini..betul ke?


  • dah ikut style perodua n toyota plak :-). bodykit tuh pkai material biasa jek,walupun r3,xyoh pkai frp,mahal.

    toyota trd,nissan impul,hnda modulo xpelah sbb brand nippon,org bleh pndang sbelah mata. ada nama.

    buat mcm flx se jek,lgpun utk local market jek.

    dgn material r3 pkai,mmg rega bleh terima akal,tp msalah jenama prtn mahupun r3,masih xditerima global lg.

    itu pendapat 5 sen karat den. bro awak,teruskan ngomen,xpe,ramai yg paham. mmg den xnafikan, cvt punch ada jerkiness masa low speed,tp bila dh lama2,jerkiness tu dh brkurangan,mcm flx den,den bwk ujung minggu jek,wife bwk ari2. tp masih ada,cume berkurangan.

    suprimalak,walupun hanya waktu testdrive,rasa jerkiness dia kurang sgt,mcm flx den dh lama pkai. tp xtaula klu lama2 pkai,xda rasa kot. sbb tgk feedback owner,xda komplen atau tanya mcm preve atau flx punya cvt. mmg dah smooth kot. hrp2,gsc nanti cvt 2 pun dpt improvement mcm suprima.

    bro awak hanya nk kan prtn maju,itu niat dia. walupun permintaan dia agak tinggi,tp bak kata omputeh,aim for the star,if cant reach it,land on the moon odway back to earth :-). sory,pepatah ngarut den.


    • xde sape yg nafikan pon, mmg cvt punch ade jerkiness, cam yg bro mat ckp bila dah guna lebih km jerkiness tu akan berkurangan, dah characteristic single clucth cvt, tp betulla ckp bro awak tu, x salah kalau proton boleh improve kan lg cvt tu utk future model, lau leh kurang kan whinning sound ntuk VT2 lg bagus, sbb bunyi enjin ditenggelamkan oleh bunyi cvt…mana la tau utk future model yg guna enjin ne01, mungkin proton guna gear box lain 6/7/8/9/10AT (manala tau kan) hehehe..


  • Instead of buat banyak2 variant, baik buat customize order yang orang boleh select dekat website. Macam dekat europe. Aku rasa kalau kat malaysia, yang boleh buat custom order untuk part2 macam interior color trim, leather seat, transmission macam kat europe ialah Proton. Sebab kilang dekat.

    Lagi bagus kalau boleh buat macam ni, dan bayar premium sikit pun takpe. At least part tu kehendak individu yang ada citarasa berbeza-beza dari segi kosmetik.


    • ak stuju…wat costumize……lg elok…bole jd slh 1 strategi marketing.

      komen utk suprima super premium ni plak…..pd ak xcantik langsung..cantik lg kit alza baru tu.hadoii….dh la nmpk seolah2 xde cat…so dr jauh mcm xcantik.mcm ahbeng..please la proton………pastu plak ble suprima ni mula2 lunch dlu..ramai yg komen harga tu terlalu tinggi wlaupn kalau tngok spec boleh kata sesuai harga tu..so..yg ko g kluakan lg model variant lg mahal buat ape….lg la org ckp..takat tambah skirting dgn tuka rim je hrga tambah 8k….hadoii…..pening ahh…….

Leave a Reply