Baru-baru ini pihak media telah dijemput untuk menghadiri sesi uji pandu model crossover kompak terbaru dari gergasi automotif Perancis, Peugeot 2008. Funtasticko.net telah diwakili oleh saudara Shamsul Yunos untuk memandu uji model tersebut ke Putrajaya. Model yang dibangunkan dari platform Peugeot 208 hatchback ini telah dilancarkan pada 6 Januari lalu. Nasim Sdn Bhd yang merupakan pengedar tunggal Peugeot di Malaysia telah meletakkan tanda harga bagi model 2008 iaitu RM119,888 (Semenanjung Malaysia) dan RM121,888 (Sabah dan Sarawak).
Apa kata Shamsul Yunos mengenai model Peugeot 2008, jom kita tonton video ini! 🙂
Mana bagus ngan Exora. Beza harga pun dalam 20K ja
exora mpv, yang ni suv… masing2 ada kelebihan.. cuma dari segi jenama & kualiti peugeot lebih baik
exora dgn 2008 ni beza 20k???????
Itu la pasal. Apa yang aku merepek nih..
Toyota Rush pun satu segment dgn this car kan?
ye kot, sebab rush tu versi panjang sikit dari nautica kan?