ARKIB

KATEGORI

Buletin

Jom raikan perlumbaan terakhir F1 Malaysia di Suria KLCC

Views

Untuk peminat sukan permotoran, khususnya perlumbaan Formula Satu, siri jelajah sempena Formula 1 PETRONAS Malaysia Grand Prix 2017 kini sedang berlangsung di kawasan Concourse dan Esplanade, Suria KLCC. Acara yang telah bermula sejak 23 September dan akan berkahir pada 1 Oktober ini bertujuan untuk memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang terbukti sebagai peminat sukan permotoran dan meraikan pencapaian penting dan sejarah penting PETRONAS dalam Formula Satu.

Antara acara yang bakal menjadi tumpuan termasuklah pertunjukan fesyen hasil rekaan Rizman Ruzaini yang akan diperagakan oleh dari gadis-gadis litar, Raceroom Racing Experience, cabaran hentian-pit, dan persembahan secara langsung dari artis tempatan. Terdapat pelbagai aktiviti menarik dan peraduan untuk pelbagai lapisan usia.

Acara yang ditunggu-tunggu, sesi bertemu peminat yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bertemu dengan kedua-dua pelumba pasukan Mercedes AMG PETRONAS Motorsport, Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas yang telah berlangsung pada 27 September lalu. Pada hujung minggu perlumbaan pengunjung akan dapat menonton siaran langsung PETRONAS Malaysia Grand Prix dari Litar Antarabangsa Sepang. Selain itu, peminat turut berpeluang untuk membeli cenderahati eksklusif PETRONAS Malaysia Grand Prix di gerai pameran di Suria KLCC dan di Litar Antarabangsa Sepang.

Di Sepang pula, pengunjung bakal menyaksikan kereta Mercedes F1 W08 EQ Power+ yang akan menampilkan levery unik dengan membawa mesej ‘Terima Kasih Malaysia’. Tanda pagar (hashtag) dan kempen tersebut akan dilangsungkan sepanjang minggu oleh PETRONAS dan Mercedes AMG PETRONAS Motorsport sempena meraikan peristiwa penting sepanjang 18 tahun Malaysia menjadi tuan rumah untuk acara perlumbaan Formula Satu.

KLIK UNTUK BESARKAN

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply