ARKIB

KATEGORI

BuletinSukan Permotoran

Kebangkitan Honda Racing di Asia

Views

Baru baru ini bertempat di Hotel Sama Sama sempena Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2016 (2016 MotoGP), Boon Siew Honda telah mengadakan satu sesi khas mengenai ‘Kebangkitan Honda Racing di Asia’. Dalam acara tersebut, Boon Siew Honda telah menggariskan strategi dominasi Honda di MotoGP dan sukan permotoran 2-roda yang lain dengan kemunculan beberapa pelumba Asia di bawah jenama Honda.

Tahun ini Honda sedang berusaha untuk mengembangkan Sukan Permotoran Asia bersama pihak pihak yang berkaitan di seluruh dunia dengan matlamat berkonsepkan “Penunggang GP dari Asia”. Ia bukan sahaja untuk meningkatkan jumlah peminat sukan permotoran di negara Asia malah mereka juga sedang berganding bahu dengan cawangan cawangan untuk mencari bakat baharu bertaraf dunia.

Selain itu, Honda juga berusaha untuk mengukuhkan struktur pembangunan pelumba di Asia dan bakal menggabungkan Asia Dream Cup dan Asia Talent Cup menjadi satu struktur yang baharu. Objektifnya adalah untuk menjadi jalan pintas ke platform antarabangsa dan latihan akan lebih menjurus kepada penggunaan jentera Honda NSF250R yang merupakan jentera asas sama dengan apa yang diguna pakai dalam kejohanan dunia dan CEV.

Ini telah dibuktikan oleh pasukan lumba tempatan yang dikenali dengan nama pasukan “Musashi Boon Siew Honda Racing” yang telah menjadi juara Kejohanan Asia selama empat tahun berturut-turut dalam kategori utama kelas Supar Sports 600. Tahun depan, Boon Siew Honda akan terus berusaha mencari bakat baharu setelah berjaya menggilap Khairul Idham Pawi selama empat tahun untuk memenangi perlumbaan kategori Moto3.

Litar Antarabangsa Sepang juga akan turut menganjurkan Malaysian Talent Cup (tentatif) dengan menggunakan jentera NSF250. Boon Siew Honda akan menyokong acara ini dengan menghantar pelumba dan mekanik, untuk memberi peluang kepada pelumba muda menguasai jentera yang sama dalam Moto3 lebih awal.

Hadir sama dalam acara tersebut adalah Dato’ Razlan Razali, CEO Litar Antarabangsa Sepang, Takaaki Nakagami, pelumba Moto 2 dari pasukan Honda Team Asia, Ratthapark Wilairot, pelumba Moto 2 dari pasukan Honda Team Asia, Hiroki Ono, pelumba Moto 3 dari pasukan Honda Team Asia. Pelumba Moto 3 negara Khairul Idham Pawi, yang juga mewakili Honda Team Asia dan telah berjaya memenangi dua kali podium di Argentina dan Germany pada tahun ini turut menjadi tetamu khas acara tersebut.

KLIK UNTUK BESARKAN

image-1 image-2

the authorMohd Izarul
Founder
Pereka grafik berjiwa otomotif

Leave a Reply